Tuhan Balas Cash

Makin tua malam, saat kepala dah berangan menarik selimut, selubung, berlindung dari hawa pendingin dalan sebuah bilik mewah, detik itu jugalah saya membunuh hasrat indah itu demi semata-mata untuk meneruskan tanggungjawab yang dipikul di bahu jembala patik.

Hidup gitulah…kalau dah makan gaji namanya, apa lagi…kerojelah…

Tapi masa makan malam sebelum sambung balik kerja – me’monitor’ kerja kontraktor, saya and the geng sembang-sembang. Ceritanya tentang seorang yang dikenali tersungkur. Pernah tersungkur dulu, tapi tak berjaya bangun atau menunjukkan usaha untuk bangun. Dan kali ini dia tersungkur dalam lubang yang lebih dalam.

Kata seorang kawan, “ni semua karma…KARMA!”

karma

Saya tak berani menyatakan itu, tapi mungkin benar istilah – tuhan balas CASH. Dengan pengalaman, dengan rasa marah, rasa geram daripada apa berlaku (dulu) waktu saya bersama dengan ‘seorang yang dikenali’, saya patutnya gembira bila dengar cerita ‘kesungkuran’ itu.

Kalau dirujuk bab agama, dalam Islam, hukum karma tertolak dengan sendirinya. Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99: 7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula. [http://furrasbubblynotes.blogspot.com]

Tapi jauh di sudut hati, saya rupanya kasihan dengan apa yang menimpanya. Saya berharap ia dapat lalui semuanya dengan tabah dan berusaha untuk bagun semula. Islam sama Islam, Melayu sama Melayu, taklah kita nak berdendam selalu…

Inikan sebahagian daripada kehidupan. Hari ini hari dia, esok lusa hari kita pula, siapa tahu… Tuhan saja yang tahu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s