Hati Peah Cedera

Assalamualaikum.
Ini cerita seorang Peah.

Seorang Peah yang cekal dan rajin berusaha, tak jemu bekerja. Kalaupun mengeluh, itu adalah tempias penatnya. Maklumlah kerjanya mencabar.

Peah bekerja sebagai hmm..hmm.. (Hekelleh, salah sangkalah tu!) Peah berkerjaya sebagai seorang tukang cat.

Peah akur, resam kerjanya tak menentu. Tang kejar masa, kerenah pelanggan, kekangan – semua mendatang tanpa diundang. Tapi Peah akan berusaha cari solusi terbaik, asal majikannya okay, pelanggan puas hati.

Maaf, kerja Peah tak ada kena mengena dengan cerita Hati Peah Cedera.

Satu malam yang gelap (malam, takkan terang benderang pulak…) waktu Peah pulang ke rumah lepas selesai kerja mengecat sebatang tiang gol, dia terjumpa seekor kucing jantan (Aeron) sedang merayau-rayau di jalan raya. Peah fikir mungkin kucing itu tersesat jalan, tak jumpa laluan balik ke rumah penjaganya.

Peah pun memberhentikan skuter dan tanya kepada kucing, “kucing… Oo.. kucing, nak ke mana ni? Di mana rumah kamu? Nak Peah hantarkan balik?” Kucing pun jawab, sayu sekali bunyinya, “I don’t hv Tuan anymore, they leave me here…”

“Ooo… Ciannyer! Kalau begitu, marilah ikut Peah balik, Peahpun tinggal seorang”, Peah meng”offer” is Aeron Ajis. Aeron Ajis pun tersenyum sampai ke telinga… – Baiknya hati Peah ni.

Sejak itu, Peah memelihara Aeron Ajis. Memberi perhatian, jaga, belanja Aeron Ajis. Pendek kata, semua untuk Aeron Ajis. Panjang kata, Aeron Ajis pun makin hari, makin melampau. ‘Demand’ tak “hingat”! Nak KayEfChi, Pijja, MekDonaL, nak naik Honda CRZ, nak iPhong5, nak tengok HombakWindu, macam-macam. Peah ikutkan jugak…

Suatu hari, lepas 35 hari bela Aeron Ajis, Peah balik rumah sesudah selesai mengecat pagar kandang kambing Tok Penghulu dengan perasaan hiba. Hiba – sebab kena marah dengan Tok Penghulu. Tok Penghulu nak cat “color” Hot Orange (special color U alls), tapi nak membayor cat Merah. Dia marah sebab kos lebih “budget”.

Peah pon ceritalah kisah sedihnya pada Aeron Ajis. Aeron Ajis, walaupun tak sedih sangat, dia tetap nak bagi “suggestion” supaya hati Peah tak sedih lagi.

lovehurtsparttwobybastr

“Peah, bila pergi kerja, jangan bawa hati…,” cadangan Aeron Ajis. Peah terkebil-kebil tak faham. “Macam gini, kan bila Peah balik kerja, selalunya Peah tak bawak balik kerja… Sama jelah, bila pergi kerja jangan bawak hati”

Hari pertama kerja tanpa hati, Peah tak ada rasa. Kena marah, kena sindir, kena kutuk, kena caci makipun tak mengapa. Hari kedua, Peah buta perasaan. Hari ketiga, Peah tuli jiwa, apatah lagi jiwang. Hari keempat, majikannya bertanya, “Peah macam tak ada hati? Kenapa?” “Hati saya tinggal di rumah,” jelas Peah.

Yang Peah tak sedar, rupanya tiap yang dialami, akan mencuit hatinya yang ditinggalkan. Bila dimarah, hati Peah bergoyang-goyang. Bila kena herdik, dicaci, hatinya jadi kecik. Bila jumpa pujaan hati, hati Peah berkembang berbunga-bunga…

Di rumah, Aeron Ajis kadang-kala geram melihat ‘hati’ Peah. Kejab kembang, kejap kecik, kejap bergoyang-goyang.

Hari ketujuh bekerja tanpa hati, Peah mendengar cerita majikannya yang mengalami kecelakaan. Kerana tiada hati, Peah berlalu tanpa perasaan. Majikannya pelik melihat Peah.

Esoknya majikan Peah memberitahu bahawa syarikat mengalami kerugian dan tak dapat membayar gaji Peah. Peah tanpa reaksi meneruskan kerjanya. Tersenyum majikannya, berasa dia untung hari ini.

Ha’ah, lewat sebelum pulang, kerana marahkan “suplier”, majikan Peah melempiaskan marahnya kepada Peah. Dicaci makinya Peah, siap dengan jerkah, jerit, herdik – semua keluar!

Di rumah, Aeron Ajis makin geram dengan hati Peah. Kejap goyang-goyang, kejap kecik, kejap berair…macam-macamlah. Lebih teruk, kali ini hati Peah cedera! Tak berdarah, tapi berparut. Tak ada bunyi sendu tangis, tapi seperti menderita menahan pedih pilu. Peah ceritakan apa yang dialami, dan Peah melihat sendiri keadaan hatinya yang cedera itu.

“Ambillah, letaklah balik di tempatnya,” kata Aeron Ajis, “tak sanggup nengoknya.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s