Melaka Lagi

Assalamualaikum.
Semua yang rapat dengan saya pasti tahu, antara tempat yang kerap saya pergi semasa cuti tentunya Port Dickson (PD) dan Melaka.

PD lebih kerap, kadang-kadang cuma cuti hujung minggu pun saya dengan Aiti, Nizan dan Ben akan ke sana. Walau cuma untuk ke pasar malam. Macamlah KL ni tak ada pasal malam.

Melaka pula, selain asam pedasnya yang kami cari atau masakan baba dan nyonya, terutamanya telur dadar campur cencalok, tempatnya juga menyenangkan.

Ben suka ke Branded Outlet dekat Mahkota Parade. Banyaklah pakaian, topi, kasut dan barangan kulit yang berjenama dengan harga lebih rendah ada di situ. Malah dia sudah punya kedai ‘favourite’nya sendiri.

Nizan dan Aiti nampaknya lebih suka melawat tempat menarik, kami menaiki bot melalui sungai Melaka dan menikmati keindahan Kampung 8888, kami menjengah muzium-muzium di Melaka, yang kami tak pergi cuma masjid dan makam pahlawan dan raja saja.

Kota_A_Famosa_2008_by_since1993

Banyak sangat tempat yang nak ‘dikejarkan’ kalau ke Melaka. Jadi setiap kali pergi, kami ke tempat berbeza. Hotel pun begitu, kerana tujuannya cuma mahu bercuti-cuti, ‘having fun’ maka tak perlulah berbelanja besar. Menginap di hotel satu atau dua bintang, sudah memadai.

Kalau saya sendiri, saya lebih gemar Cameron Highland. Dengan udara sedar (walaupun sudah tak dingin lagi), tempat redup, dan saya rasa tidak sesak… Itu yang mengikat hati saya dan menjadi yang paling saya suka. Saya gemar menjengah ke Time Turner selain minum teh pekat di ladang. Tiap kali saya melihat ladang teh, rasa tenang dan nyaman.

Syukurlah saya punya teman-teman yang rajin ‘berjalan’ @ ‘melencong’. Jadi masa cuti terisilah dengan aktiviti yang baik. Luas pandangan, luas pengalaman…ye dok!

Gaya hidup mat salleh (saya dapat dari bacaan), bila masa cuti (hujung minggu, cuti umum) mereka tak akan duduk di rumah menonton tv, atau melepak layan dvd, sebaliknya mereka akan keluar melakukan aktiviti seperti, menunggang basikal/motosikal, menjelajah, kalau duduk di rumah pun mereka punya aktiviti seperti berkebun dan mengumpul bahan kitar semula.

Kan? Bagaimana mereka menghargai masa cuti dengan cermat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s