Flight Sudah Landing

Assalamualaikum.

Selepas beberapa lama meninggalkan blog ini, saya kini kembali.

Sebenarnya, tempoh hari selepas pulang dari Singapura, berselang seminggu selepas itu, saya dihantar ke Indonesia pula.

Alhamdullillah, rezeki dari Allah. Siapa kita nak mempersoalkannya…kan? Saya diberi rezeki (bukan dalam bentuk wang), apabila syarikat menghantar saya ke Jakarta untuk menyertai Indonesia Book Fair (IBF) 2012 yang berlangsung 17 – 25 November.

Saya pun terkejut jugak bila dinamakan, tambah-tambah lagi saya baru saja pulang mengikut lawatan kerja syarikat ke Singapura awal November lalu. Tapi kalau dah rezeki, baiklah jangan ditolak, kang ditolak kang, merosak pulak jiwa, meranalah badan.

Cuma risau juga kalau ada suara-suara belakang yg mungkin berkisah ‘mengapa saya?’. Macam tak layak pulak, sebab saya cuma staf biasa… Kang silap-silap jadi bahan gosip pula…

Teruk, tapi itulah… Saya berdoa agar Tuhan tenangkan hati saya. Pada saya tak mengapa, kerana syarikat tentu ada sebab memilih saya. Saya gembira dan ON saja.

Dalam tahun ini, ini kali ketiga saya rasa seperti diberi perhatian dan penghargaan walaupun tak secara langsung. Satu, kerana masih berbonus; kedua, sebab dipilih ke Singapura; dan ketiga, dapat ke IBF 2012. Terima kasih.

Syukur kepada Allah SWT dan mudah-mudahan terus merencanakan kejayaan utk syarikat yg menggajikan saya. Dengan gaji itulah saya bisa biayai keperluan hidup saya dan keluarga.

Tempoh hari, semasa cuti, 15.11.2012 saya bersama yang lain ke Jakarta dengan MH7277. Yang lain tu maksud saya boss-boss dan rakan pejabat lain yang terpilih. Mereka ni semua lebih senior dari saya.

Saya boleh agak kalau saya mungkin dibuli, sebab… dah lah saya paling muda, staf biasa-biasa saja dan paling penting, satu-satunya perempuan. Alhamdullillah, saya tak rasa dibuli pun. Cuma biasalah lelaki, selalu ada ‘joke’ mereka, saya layankan saja… Barulah tak bosan.

Saya balik lebih kurang jam 4.00 petang tadi. Sampai di rumah sekitar jam 9.00 malam. Ni baru nak tidur lepas tengok tv… Sebenarnya rasa penat, tapi tak dapat nak lelap…tu yang menulis ni. Saya kena ‘tune’ balik waktu tidur dan bangun saya. Set dalam ‘kepala hotak’, takut sedar lambat pulak esok. Ada yang dah pesan dalam ‘flight’ tadi supaya masuk ‘office’ jugak besok!

Dalam 12 hari di Jakarta, masanya awal sejam dari Malaysia. Solat Subuh, 4.45 pagi; makan pagi, 7.30 pagi; pergi IBF, 8.30 pagi, Zohor, 12.30 tgh hari; Asar, 3.30ptg; Maghrib, 5.45 ptg, Isyaknya panjang… Tidur awal… Jadi, itu yang nak di’tuning’ balik.

Oleh sebab saya nak ‘tune’ supaya semuanya kembali normal dan esok ke pejabat semula, seperti biasa… Jadi saya berhenti di sini. Selanjutnya, nanti esok2 saya akan ceritakan tentang pengalaman dan pelajaran yang saya dapat dari tanah seberang. Insya-Allah.

Selamat malam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s