Selepas Enam Tahun

Salaam.

September lalu, genap enam tahun saya bekerja. Nak kata, pekerjaan pertama, iya juga. Sebab sebelumnya saya bekerja sambilan (dalam tempoh tertentu saja).

Saya pernah membantu Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) – Biro Pendidikan untuk menganjurkan program-program motivasi untuk pelajar darjah 6, tingkatan 3, 5 dan 6 semasa saya tingkatan 5 dan 6. Saya rasa inilah mulanya percambahan minat menganjurkan acara (event) berkembang dalam jiwa (amboi…jiwa sangat!).

Selepas itu, semasa di tingkatan 6 atas, saya diminta oleh guru bahasa Melayu untuk membantunya dengan kumpulan Puteri UMNO. Sebagai ahli saya pun terlibahlah secara langsung menganjurkan aktiviti mereka. Saya selesaikan kerja saya selepas habis periksa SPM. Saya rasa tak perlu berlama-lama menyumbang bakti, satu kerana saya kurang berminat benda-benda berkaitan politk, dua saya juga tak gemar membazir dalam penganjuran sesuatu aktiviti yang mana diamalkan (waktu tu) semasa saya turut serta.

Saya lepas tu ke Kuala Lumpur berbekalkan RM200 untuk mencari kerja sambilan sebelum sambung belajar semula. Saya memang yakin saya akan dapat masuk ke ITPA (tak kiralah universiti ke, atau maktab, swasta pun boleh), jadi saya nekad kumpul duit sendiri untuk menampung belanja bila mula belajar nanti. Akhirnya saya kerja di Kyros Kebab. Seksa, jadi saya kuatkan iltizam bahawa saya akan berusaha belajar dapatkan ijazah agar tidak berkerja susah payah. Di Kyros, saya mula sebagai pembantu dapur, kemudian pelayan di kaunter, juruwang dan akhirnya sebagai pembantu stor keeper. Akhirnya semasa saya menyerahkan surat berhenti, mereka menawarkan saya jawatan pengurus Kyros Kebab di KLCC.

Antara kerja itu dan sambung belajar, saya pilih UiTM. Di UiTM, tengah-tengah belajar tu, saya sempat juga bantu jadi pengacara untuk pertandingan karaoke, sukaneka, hari keluarga sekolah tadika dan lain-lain. Dapatlah RM100, cukuplah untuk belanja seorang pelajar selain ditampung oleh PTPTN. Saya waktu itu, lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berpesatuan.

Habis saja di UiTM (belum konvo lagi, waktu cuti terakhir), saya masuk dalam satu syarikat mengendalikan urusniaga berasaskan Forex. Saya tak percaya ada yang boleh buat duit dengan mudah, saya berhenti pada hari ketiga sebab saya rasa syarikat itu menipu.

Kemudian, saya kerja dengan Suria FM. Nak cerita, pertama kali ditemuduga oleh Engku Imran (sekarang suaminya Erra Fazira) memang saya rasa dia kacak dan tampan sangat. Waktu itu rambutnya panjang. Huh… gugur jantung. Di Suria, kerja saya kumpulkan bahan untuk slot pada jam 1.00 – 6.00 pagi. Ada program permintaan lagu dan program artis seberang. Saya baca semua gosip artis indonesia dan buat ringkasan untuk encik DJ. Jodoh saya tak lama di sana dalam sebulan. Pokok pangkalnya, saya lebih suka kerja pada waktu pejabat. Saya juga sukakan pengurusan pejabat. Akhirnya, di syarikat inilah saya bekerja.

Selepas enam tahun, saya masih sama di syarikat ini. Bertukar ke beberapa bahagian (setiap tahun), tapi masih nekad berkerja sahabis baik. Berharap rezeki turun bagai hujan dari langit. Dalam doa, tidak lupa mengucap harapan agar syarikat ini terus berjaya, InsyaAllah.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s