Penantian Seksa

Menanti cinta…

Cinta bagai teksi. Menanti cinta seperti menanti teksi. Bila menanti teksi, masanya pantas berlalu. Kita mudah merasa seperti sudah terlalu lama menanti dan teksi yang lalu semuanya berpenumpang. Kita masih menunggu. Bosan dan penat, kita putuskan untuk menanti di tempat lain, berharap agar mudah mendapat teksi. Dan sebaik kita berpaling, beberapa teksi kosong berhenti di tempat menanti yang baru ditinggalkan selang selangkah dua. Tapi sudah ada orang lain yang sedia menunggu di situ. Ah…di tempat baru situasinya sama juga, tiada pula teksi yang lalu. Semakin penat dan perputus asa, akhirnya kita mahu berjalan kaki saja. Memutuskan begitu, di simpang jalan beberapa teksi berhenti untuk menghantar kita pulang. Sekarang soalannya ialah teksi yang mana harus dipilih.

Sukarnya menanti cinta. Bila ditunggu, memang ia tak kunjung tiba. Bila kita beralih, kita nampak sendiri bagaimana orang lain berjaya temui cintanya di tempat yang kita tidak pernah menemui cinta. Walaupun beralih, kita masih tak temui cinta. Gagal dan gagal. Lalu kita putuskan untuk bersendiri, banyak pula pilihan cinta yang menjengah. Sekarang hati perlu menjawab, cinta yang mana adalah pilihan hatinya.

Haa..Ini satu pandangan yang saya dapat semasa menonton sebuah cerita (drama bersiri) Jepun, Love Revolution.

Masih ia adalah pengertian cinta sesetengah pihak. Pada saya, cinta datang dan pergi sesuka hati. Ia memang berkuasa untuk menyenangkan mahupun menyakitkan. Payahlah jika hati dan jiwa sudah ditawan cinta, kerana deritanya diri sendiri yang tanggung. Tapi cinta masih anugerah yang paling ulung diberikan Allah kepada mereka yang dipilihNya. Syukurlah jika anda berjaya temui cinta, sayangi dan setialah dengan cinta. Nikmati, hargai dan jangan sekali-kali curangi cinta, selalulah ingat… kerana ada juga yang tak punyai cinta.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s