Tabik Springgg

Assalamualaikum.

Dah lama saya nak cerita ni, tapi tak berkesempatan.

Sekitar bulan September lalu, saya diminta membantu Boss lama saya menguruskan satu projek khas syarikat. Kedai Buku 1Malaysia. Bukan nak cerita tentang kedai buku itu, yang memang dijangka diketahui akan berjaya. Kami menjangkakannya begitulah.

Yang lebih saya banggakan (sampai berbunga hati nak disembangkan), ialah bagaimana kami melaksanakan projek itu, hanya dengan tenaga dan kebolehan tiga orang perempuan yang bersemangat waja. Oh, waja sangat!.

Biasanya kalau saya terlibat dengan jawatankuasa menganjurkan sesuatu, tentuk ahli jawatankuasa itu sampai berbelas-belas orang, atau mungkin sampai berpuluh-puluh orang. Tapi kerja tak juga jalan dengan lancar. Mungkin sebab banyak sangat kepala dan hati (kadang-kadang) yang nak dijaga. Tapi tidak kali ini, mungkin kerana skopnya lebih kecil, promosi dan media.

Apa yang bagus bukan tiga perempuan (sentiasa perasan cun) ini, tapi perancangan atau pelan melaksanakan kerja termasuk dengan strateginya sekali yang diatur sangat baik. Itulah kerja Boss. Dari dulu memang itu kepakarannya ‘penyedia stratigi dan perancang terbaik’, saya dan kawan cuma melaksanakan kerja yang sudah diatur. Lebih pada kawan saya, hubungannya dengan media. Jadi dia berjaya dapatkan banyak slot untuk program TV dan radio. Saya pula menguruskan benda-benda berkaitan penyediaan, jadi saya lebih kerap mengejar kontraktor.

Dalam masa hanya dua minggu, kami berjaya melaksanakan segala keperluan untuk pelancaran kedai buku ini. Wah, kagum! Walaupun orang lain mungkin tak terfikirpun untuk berasa kagum, tapi saya kagum sebab dapat terlibat secara langsung mengerjakan benda ini. Gembira dapat bekerja balik dengan Boss, dan seperti dihargai bila diminta membantunya.

Dan saya dapat jawapan satu perkara tentang rasa ‘respect’ atau hormat. Kadang-kadang ada yang tanya, “Apa yang kau ‘respect’ sangat Boss kau tu?” Ini jawapannya… “dia ajar saya banyak benda…”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s