COO vs Kuli

Salam hari Ahad.

Hari ini, hari bersenang-senang dengan keluarga. Oleh sebab saya tinggal seorang, saya cuma menghubungi mak dan abah saja, bertanya aktiviti mereka. Setiap hari pun begitu, tak tunggu hari Ahad saja.

Jadi saya layan cerita bersiri Jepun yang popular dulu, Boss. Cerita penyiasatan (polis), yang ditambah dengan sedikit elemen cinta, komedi dan yang penting aksi. Alang-alang dah duduk sorang kan…ngadap TV sajalah…

Saya pun tak balik Kampung Baru…tentu Kyong pun sibuk keluar dating. Jadi lebih baik duduk di rumah sendiri, me’nyetel’kan kain baju (basuh, lipat, susun dan paling payah sekali nak meng’iron’). Banyaknya kain…macam kuli dah…

Ini cerita saja, tak ada kena mengena dgn siapa-siapa. Bila jumpa kawan, ada yang hebat beritahu mereka ‘manager’, ‘senior exec’…dan lain-lain. Saya biasalah, pangkat tak besor…selalu cakap, “aku kuli jer…kuli yang pangkatnya cuma eksekutif biasa”. Siapalah saya…

Tapi sebab saya kuli, saya usaha untuk masuk awal setiap hari ditempat kerja, 8.30 pagi. Balik pula tak pernah lebih awal dari 5.30 petang, melainkan ada kecemasan.

Itu yang mereka kalah. Kan, sekarang ni banyak, eksekutif-eksekutif yang baru-baru mula kerja, dari sudut disiplin memang kurang baik. Masuk kerja sesuka hati, ambil cuti kecemasan dan cuti sakit pun sesuka hati. Itu baru eksekutif, lagak macam COO…

Saya cakap dengan kawan, “mungkin dia ada ‘share’ dalam syarikat…”

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s