Amoi 6 Linggit Buleh Ka?

Assalamualaikum dan selamat solat Maghrib.

Petang tadi, saya buat rawatan rambut di 101 Hair Care. Yalah, nak mengenal pasti apakah masalah sehingga mengalami keguguran rambut yang agak….teruk. Dah boleh agak, salah satu puncanya adalah ‘stress’. Tekanan apa pulak ni?

Okay 101 Hair Care ada alat canggih (selalu keluar tv), boleh nampak kulit kepala, jenis rambut, saiz dan umur rambut… pergh…kagum siut. Tapi biasalah, rawatan dia…RM3k atau lebih. Gilakan! Ada ke orang nak keluarkan duit sebanyak itu…mungkin ada, orang yang kaya gila!

Pusat penjagaan rambut yang glamer ni, gunakan produk dari bahan semula jadi hasil kajian ‘sense’ atau doktor/pengamal rawatan tradisional cina. Jadi saya tanyalah, halal ke tidak? Jawapannya halal, tp bukan semua produk dapat pengesahan halal – sebab kos nak mintak pengesahan halal untuk semua produk tu mahal. Jadi produk utamanya saja dapat pengesahan halal. Hmmm…boleh percaya ke.

Saya buat jugak rawatan (lepas diberitahu produk yang sesuai untuk rambut dan kepala saya memang ‘halal’. Syampunya ok..bau rumput, conditioner okaylah…tapi tonix dia..huh…bau herba cina sangat. Dah balik rumah pun, bau masih menyengat. Adoi…cari ubat lainlah.

Masa buat rawatan tu saya teringat, raya dulu…maksud raya hari memasak. Keluarga saya memang biasa masak-masak awal, kami agihkan tugas dan rancang persiapan. Jadi cepatlah siap. Selalunya dalam jam 2 petang kami dah lepak, dan petangnya boleh merayap ke bazar Ramadan.

Petang tu, saya cakap nak potong rambut. Mak ajak ke Parit – pekan tua di Perak Tengah. Saya okay je, sebab ada dua salon di situ yang saya selalu pergi masa sekolah menengah. Sampai di sana saya terkejut… Mak bawa saya ke kedai gunting rambut yang saya pergi zaman sekolah rendah. Tak sangka ada lagi kedai tu…

Tengok kedainya makin usang (dah dimakan waktu), catnya pun pudar, reka bentuk, peralatan, perabot semuanya nampak lama… Tapi kedai ini suasananya nampak klasik. Mak nak berjumpa kawannya – nak mengambil kuih bahulu yang diorder, dan memang kawannya bergunting rambut di situ…

Saya pun teruslah minta diguntingkan rambut. Kedai ni, tak ada khidmat mencuci – hanya menggunting rambut pelbagai ‘fesyen’. Lepas potong, saya nak bayar, saya tanyalah berapa? Pekedai tanya saya balik, “amoi, 6 linggit buleh ke?”

RM6? Paling kurang pun patutnya dalam RM10 atau RM12. Macam mana nak untung? Tapi yelah, dah taukehnya bukan nak untung, hanya suka-suka…

Saya kongsikan gambar kedai gunting yang sangat klasik ini…

Advertisements

One thought on “Amoi 6 Linggit Buleh Ka?

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s