Minum Dulu

Assalamualaikun dan selamat pagi Sabtu…

Pagi ini, seawal jam 7 saya dah terpacak di hadapan Jabatan Imigresen untuk buat pasport. Terpikir jugak, orang yang datang awal dari saya keluar rumah subuh kut.

Sebenarnya saya pernahlah ‘melencong’ keluar negara, beramai-ramai, masa belajar dulu. Tapi saya tak buat pasport pun waktu tu, ada macam pas perjalanan…lebih kuranglah… Ntah, saya pun pelik. Tapi gasaklah, maklumlah masa tu ramai-ramai termasuklah chenta hati (waktu tulah).

Kali ini, ‘office’ tempat saya kerja beri peluang ke Singapura. Alhamdulillah, walau apa pun mimpi mereka…sampai tersebut nama saya – terima kasih banyak. Syukur!

Cerita pasal buat pasport ni, sejam berdiri, lebih kurang 5 kaunter buat pasport dibuka, 1 kaunter juruwang dan 2 kaunter ambil pasport siap daripada keseluruhan kaunter 18, mungkin sebab hari Sabtu.

Kaunter pertama, lama jugak tunggu ‘turn’. Prosesnya kejab je… Kaunter kedua, juruwang, cepat saja dan pegawai yang bertugas maklumkan yang passport saya siap dalam sejam, boleh minum dulu tapi masuk balik sebelum sejam… Okay, senang hati.

Senang hati, tu yang sempat menaip di Blackberry ni sambil makan nasi lemak di Ali Maju… Okay perlu masuk ke Jabatan Imigresen semula! Bye…

Ha…dah siap, lepas masuk semula dalam 5 minit, no. 1030 dipanggil untuk ambil pasport siap. Cam ginilah rupanya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s