Ini Benda Betul

Assalamualaikum. Salam tulus ikhlas.

Ini benda betul! Kita ni kalau nak menulis status di Facebook, ‘post’ di blog, di Twitter – kebanyakkannya dipengaruhi emosi. Sebab tulah, banyak kita terbaca status-status berangin, marah-marah, geram-geram, maki hamun, semualah.

Betul, tak tipu! Ada seorang kawan saya berhenti menulis – lepas dia menulis apa yang terpendam dalam hatinya. Alasannya, dia malas bila tahu ahli keluarganya baca blog itu, malu katanya.

Pun betul! Sorang lagi kawan saya beritahu, bila kita sedang beremosi otak kita akan jadi lebih kreatif. Contoh; orang tengah ‘frust’ bercinta, kreatif cari jalan nak bunuh diri; budak sekolah yang takut nak tunjuk ‘report card’ kepada ibu bapa, kreatif tau, cipta alasan; dan kita sendiri, kalau jadi staf yang terpinggir, kreatif cipta ayat untuk sedapkan hati sendiri.

Saya kalau dalam beremosi rasa macam nak tulis novel, macam-macam cerita nak buat. Tapi esoknya, bila emosi kembali normal, novel ke mana, cerita ke mana…

Selamat berkreatif.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s