Gembala vs Kambing

Salam penghulu segala hari…

Hari ini, hari penuh rahmat dan barakah. Saya bangun seawal pagi untuk cuba menguis sedikit nikmat Tuhan untuk saya. Bermula dari malam sebelumnya, ia memang pengharapan saya – mudah-mudahan adalah bahagian untuk saya Jumaat kali ini.

Kita hanya merancang, Tuhan sudah tentukan kisahnya. Pagi Jumaat saya berkecai bak kaca seawal jam 10 pagi. Hai, letih memujuk hati ikhlas dan berwajah ceria, sudahnya muncung sampai ke dahi.

Saya, apa yang saya suka buat, jika saya tidak sukakan sesiapa – saya akan terus berjumpa dengan orang itu dan beritahu kepada mereka yang saya tidak suka/sukar bekerjasama dengan orang itu. Itu saya lakukan! Ya, telah beberapa orang saya temui dan maklumkan begitu dan kebanyakkannya berakhir dengan hubungan baik saya dan orang itu. Dengan adik beradik saya sendiri, kami terbuka, tapi tidaklah di hadapan ahli keluarga yang lain.

Tapi apa yang belaku hari ini sebaliknya. Bila ada yang tidak berpuas hati dengan saya, dia tidak mahu berbincang dengan saya (bersemuka), tapi bertindak melepaskan perasaan dalam mesyuarat. Amboi, itu bukannya ‘terbuka’, tapi kurang sensitif dan saya fikir tak berhemah. Yang meng[‘iya’kannyapun sama dengan, sama saja tak profesional. Salahkan kalau saya tidak ‘respect’ orang begini?

Saya ingin memetik kata seorang teman Facebook, Puan Ainon, tentang Falsafah Kambing. Katanya, apabila kambing-kambing meliar, jangan dihantar kambing-kambing itu pergi ke kem motivasi. Hantar gembalanya pergi kursus teknik mendorong kambing liar menjadi jinak!

Saya belajar banyak hari ini, menangispun banyak jugak. Sampai nagislah dengar lagu Aisyah – Cinta Beralih Arah. Bukan sebab kawan saya yang nyanyi lagu itu, sumbang tapi sebab teringat bagaimana teman-teman menempelak saya tanpa belas. Semoga Tuhan tenang-tenangkan hati saya. Aminnnn…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s