Percaya

Salam Ramadhaaaaannnnn (bunyi seperti Johan Raja Lawak sebut) ke 10.

Mudah-mudahan kita semua sihat dan sejahtera. Sempatlah mengajak hati dan diri bertarawikh malam ini, Insya-Allah. Yang sukar dalam bulan puasa ini, bukannya berpuasa. Tapi melawan perasaan/nafsu sendiri untuk cekal dan berterusan beribadah, yang puasa adalah satu antara ibadah yang wajib untuk bulan ini.

Satu cerita tentang percaya, mahu saya kongsikan untuk yang membaca:

Dia: Percaya. Kepercayaan sama seperti kertas. Sekali ia dah ronyok (keromot), ia sudah tak boleh licin seperti sedia kala. Saya tidak percayakan awak.

Aku: Ya, saya faham. Percaya itu ambil masa bertahun untuk kukuh. Sekali ia sudah retak, selama-lamanya untuk membetulkannya semula. Saya juga tak pernah percayakan awak selepas peristiwa itu.

Dia dan Aku: kalau begitu kenapa kita masih mahu berkerjasama. Selamat tinggal!

Sudahnya, itulah penghujung kisah Dia dan Aku. Kepercayaan itu memecah belahkan. Kita bersatu bila percaya, dan berjauhan pula bila tidak percaya.

Kesimpulan saya, percaya itu boleh dipengaruhi. Ya, dipengaruhi banyak faktor; masa, ruang, orang-orang sekeliling dan keadaan. Lambat laun sekeras batu pun hati seseorang itu, akan tercalit juga pengaruh itu. Sudahnya hilang percaya!

Hilang percaya berlaku sebab sesuatu peristiwa yang berlaku melibatkan pihak yang dipercayai. Kecewa akan tindakan pihak itu menyebabkan satu pihak lagi sudah tidak yakin dengannya.

Tapi adakah kita sedar, setiap yang berlaku itu bersebab. Mungkin ia kehendak Tuhan, untuk menunjukkan kepada kita ‘sesuatu luar jangka itu mungkin akan berlaku’. Dan mungkin ini ujian Tuhan untuk mengukur sejauhmana yakinnya kita pada pihak yang kita percaya. Ternyata kita tak kental, dan akur dengan hasutan encik syaitan supaya benci dan memperlekehkan pihak satu lagi.

Sekian, tamatlah cerita.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s