tips@top : Lenyapkan Stress

Stress….!

Salam puasa ke 7. Semoga kita semua sejahtera dalam bulan suci ini. Beribadah, merehatkan tubuh (sistem pencernaan dan lain-lain yang bersangkutan) serta membersihkan sahubari; hati, jiwa dan minda. Jangan ada yang menghadapi tekanan dalam bulan Ramadan ini.

Tapi bukanlah sesuatu yang pelik kalau kita mengalami stress dalam bulan puasa ini. Mungkin tekanan itu kerana kerja, masalah cuti raya atau  masalah belanjawan untuk hari raya. Daripada masalah sebesar-besarnya sampailah sekecil-kecilnya – nak balik kampung beraya pun boleh jadi tekanan. Betul tak?

Itulah untungnya orang bujang. Satu saja tempat dituju, rumah ayahbonda di kampung. Tak mungkinlah kalau sengaja nak mencekalkan diri beraya sendirian di rantau orang kan…

Ceritanya, saya nak beri tips untuk mengadapi tekanan dengan berkesan. Begini caranya:

p/s: tekanan, saya akan gunakan perkataan ‘stress’ sebagai tekanan ya.

1. Mula-mula bila kita rasa yang diri kita ada sikit pelik – macam lain macam je…

  • marah-marah tak tentu pasal
  • bila tidur susah betul mata nak lelap
  • rutin harian terganggu (tak aktif sepertimana biasa)
  • hati tak tenang, jiwa kacau
  • serabut fikir bermacam-macam benda
  • mungkin kita tak sedap badan (darah tinggi naik) dan lain-lain…

Ha, ini tandanya penyakit stress sudah ‘mari’… sudah hinggap atas kita punya kepala dan mahu ‘landing‘ ‘cantik’ atas kita punya bahu.

2. Kita pun haruslah mengambil langah awal supaya stress ni tak beranak pinak sehingga menjadi gangguan pada emosi dan minda kita. Caranya…

  • Kenal pasti dan faham punca stress; mungkin masalah kerja, masalah keluarga, masalah dengan pasangan, percintaan, pelajaran dll.
  • Tenangkan diri dulu…
  • Cari solusi, bagaimana nak myelesaikan masalah yang dihadapi
  • Usaha, ikhtiarkan selesaikan masalah
  • Akhir sekali, doalah agar semuanya lancar dan berjaya di atasi.
  • Apa yang jadi kelak, terima seadanya. Pasrah gitu!

Stress ni sebenarnya hampir sangat dengan masalah. Ada masalah datanglah stress. Settle masalah, hilanglah stress. Stress tu datang selepas masalah!

3. Yang paling sukar bab stress ni…ialah nak tenangkan diri… Tapi ada banyak cara tau untuk menenangkan diri, secara langsung ia membantu untuk segera mengatasi stress yang dialami. Ni yang kongsi tips ni:

  • tarik nafas panjang-panjang. Setiap kali kita tarikh nafas…kemudian hembus… Tarik balik…hembus lagi… ini semua baik untuk otak dan melegakan hati kita. Mungkin masa kita hembus tu, terhembus sekali dengan beban masalah yang bersangkut kat otak kita.
  • cuba bertafakur… lepak, baring ke kejab (jangan tidur pulak), pejam mata…kosongkan fikiran. Releks saja! Atau masa pejam mata tu bayang sesuatu yang indah…laut, ombak dan pantai ke…gunung-ganang ke…
  • berurut, ya betul. Berurut. Bila kita stress, secara automatik kita akan mengalami ketegangan otak, tubuh badan dan minda. Jadi mintalah yang tersayang membantu. Waktu-waktu beginilah yang tersayang (suami/isteri/anak-anak/kekasih) perlu main peranan. Urutlah mana yang patut…kepala, tangan, bahu.. Yang berstatus kekasih, jangan nak buat lebih-lebih pula pada kekasih anda yang stress tu! Sentuhan pada masa begini bukan saja mampu melegakan stress tapi juga mengeratkan hubungan. Betul, tak tipu.
  • Bersantai dan mari kita enjoy!  Apa tunggu lagi, jangan beratkan kepala dengan bebanan…lagi lama, lebih teruk nanti… pergilah menyanyi di karaoke, main gitar, menari…bercuti, atau apa saja yang boleh mengalihkan tumpuan kita dari terus menerus memikirkan masalah. Ber’spa’, refleksologi dll semua pun boleh.
  • cari teman. Carilah kawan berborak, ceritakan masalah yang dihadapi. Kalau menangispun, inilah masanya gunakan air mata – jangan tunggu nak nangis masa minta maaf hari raya je. Kajian tentang tangisan, bila kita lepaskan kesedihan dengan tangisan, kita akan lebih tenteram. Kalau boleh berkongsi cerita dengan mereka. lepaskan perasaan yang terpendam tu… Kalau rasa stress itu semakin serius – merujuklah pada yang pakar, kaunselor misalnya.

Lepas kita berjaya tenangkan diri kita, barulah kita dapat berfikir semula dengan baik (tenang). Sekarang prosesnya ialah selesaikan punca stress – masalah tadi.

4. Apabila sudah tenang… bertindaklah. Fikirkan cara untuk atasi masalah dan laksanakannya. Tapi ingat…

  • Don’t push yourself! setiap manusia ni dah dijanjikan kelebihan/kekuatan dan kekurangan/kelemahan. Janagn berusaha kepada sesuatu yang kita tidak mampu. Lakukan sedaya yang boleh dangan cara yang betul. Itu dah cukup. Kalau tak mampu memanjat pokok kelapa, joloklah kelapa muda dengan galah. Tak payahlah bertangga bagai – kang jatuh pulak kang…lagi padah!
  • Lepas kita usahakan, berdoalah…mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan masalah kita dapat diselesaikan.
  • Akhir sekali, pasrah, terima segalanya dengan seadanya. Apapun kesannya nanti, daripada tindakan yang kita ambil – kita terima saja seadanya. Positif atau negatif segalanya dan tersurat untuk kita.

Ingatlaah satu perkara, tak ada orang yang mati kerana masalah (kecuali kalau dia sendiri yang cari masalah itu), tapi ramai yang menggantung diri kerana tak dapat mengatasi stress.

p/s: Tiap kali anda stress dan ada kawan yang membantu, anda perlu bersyukur sebab anda ada dia. Ucaplah terima kasih kepadanya =)

Kalau di pejabat, saya ada Aiti, Nizan, En Anuar, Diya SO, KYat, KAtie yang selalu menyapa bila saya ada problem. Walaupun masing-masing dengan cara yang berbeza, saya masih tahu niat baik mereka . Terima kasih you all.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s