Hidup, Permainan & Perancangan

Selamat malam.

Saya menanti mata lelap, tatkala kedua jejari saya aktif menekan kekunci BlackBerry ini. Saja, saya mahu tulis sesuatu tentang hidup.

Hidup bukan permainan. Tapi kehidupan bergerak, berpusing-pusing, naik dan turun, jatuh bangun, susah dan senang, semuanya macam permainan.

Macam dam haji; tak bersedia…habis dimakannya ‘haji’ kita. Macam catur; hebat kita, maka rebahlah tentera lawan. Siap raja dengan permaisurinya pun kita tawan. Macam saidina; kadang untung…kaya, salah langkah, muflis bergadai segala harta.

Dam ular pun sama; kejab kita bertuah, pantas naik ke atas, sekelip mata jugak malang akan memanggil tersungkur jatuh ke asal semula…itulah mainan. Main penggal kasut sekalipun, kalau tak agrasif, ahli kumpulan tak bagus… Tak akan menjadi juga!

Hidup? Macam itu juga. Tanpa strategi, tewaslah kita. Tanpa perancangan, mungkin tersasar langkah kita. Tanpa matlamat, tak ada tujuanlah hidup kita.

Bab strategi ni, Nizan dan Aiti kerap sangat menasihati saya supaya merangka strategi sendiri, bukan apa – niatnya untuk saya benar-benar berhasil di tempat kerja. Tapi biasalah, saya yang keras hati ini dengan cekal dan tegas menolak, sebab… adalah sebabnya. Tapi itulah kawan, hanya kawan yang nampak kesukaran kita.

Jatuh bangun, saya fikir sudah diaturkan. Walaupun kita tak merancang, sudah sedayanya menolak itu dan ini, tapi takdir juga menjuarai setiap yang terjadi. Itu hukum normal kita sebagai manusia, terima saja kekurangan/dugaan/ujian sebagai apa yang diberiNya. Sentiasa ingat, Allah hanya menguji hambanya yang mampu. Bersyukurlah kerana anda terpilih menghadapinya. Saya yakin satu hari nanti saya akan lebih baik dari hari ini.

Sambung cerita bab merancang. Sayasebenarnya daripada sekolah menengah lagi, dah mula merancang. Saya memang suka! Saya selalu ada ‘plan A, B dan C’. Kalau A tak menjadi, saya laksanakan B, dan kalau B pun gagal, saya masih ada C. Selalunya C tetap akan berjaya. Sebab walau apa pun yang terjadi, saya usahakan C sedaya mungkin untuk pastikan ia jadi.

Alhamdulillah ia menjadi, malah mungkin sangat menjadi – sampai saya masuk UiTM dan dapat kerja yang saya mahu. Cuma tiga tahun kebelakangan ini segalanya serba tak jadi. Entah apa silapnya, saya pun tak pasti.

Ada yang cakap, “kita ni hanya sekadar hebat merancang, tapi…”

Pada saya, ini memang kelebihan saya. Saya suka dan boleh merancang. Cuma kadang-kadang rancangan itu tak menjadi kerana ada kekangan atau tak dapat sokongan dan kerjasama pihak lain.

Mungkin inilah nasib kehidupan. Tempoh ini adalah masa yang  Dia inginkan untuk menguji. Yang mampu kita buat cuma bersyukur kerana masih boleh hidup dalam kehidupan ini, dan sabar menanti sehingga dugaan ini lenyap kelak.

Ingat dan harus sentiasa ingat, Dia menduga kita kerana rasa kita mampu menghadapinya (walaupun dalam hati dah hampir setengah mati).

Apapun, hidup mesti diteruskan.

Selamat malam/pagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s