Seusai Enam Tahun

Salam pagi Isnin,

Sabtu lalu, saya dan beberapa rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan pejabat di Galeri Shah Alam. Mengambil kesempatan berada di Shah Alam, kami masuk menjengah ke menara gading, tempat kami mengejar segulung ijazah kira-kira enam/tujuh (bagi Nizan) tahun dulu – Universiti Teknologi MARA.

Sentiasa di hatiku

Untung Nizan dan Aiti, mereka habiskan diploma dan ijazah di UiTM. Mereka lebih lama berada di kota pelajar Melayu yang paling terkenal itu.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, tempat bercinta, tempat berseronok – gembira belajar dan kumpul pengalaman. Tak ada apa pun yang dapat menggantikan keseronokan zaman belajar di UiTM dahulu. Saya rasa ramai yang setuju dengan saya.

Melihat bangunan-bangunan dalam Kampus Utama, UiTM di seksyen 2… Rasa rindu sangat! Untuk setiap bangunan yang kami lewati (berkereta), kami masing-masing ada cerita dan kenangan sendiri di situ. Bila nampak ‘Masscomm School’, Kolej Perindu, Menara, Pusat Islam, Dataran Cendiakia, Teratai – terutama Teratai 5… memang sangat mengujakan. Saya rasa macam bekas presiden buat lawatan ke Teratai 5. Di situlah saya tinggal selama bergelar pelajar di UiTM.

Bak kata Aiti, “walaupun U are not the best U in the world, tapi U allways in our heart”. UiTM di hatiku. Kami menyimpan impian, suatu hari nanti kami akan berada di sini lagi, untuk konvo kali kedua (mungkin kali ketiga untuk mereka). Insya-Allah.

Mungkin wajah saya, Aiti dan Nizan ada dalam galeri ini, tapi susah bebenor nak mencarinya.

Malamnya, oleh kerana pulang agak lewat dan mata tak mahu terlelap – otak merewang ntah ke mana-mana. Teringat peristiwa indah yang membahagiakan di UiTM…Mc Donald Seksyen. Yang pasti sekarang apa yang perlu dibuat ialah meneruskan hidup, kerana itulah fitrah yang ditetapkan. Jadi… ku susun langkah melayarkan hari indah!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s