Pesta Buku Terakhir

Salam sejahtera.

Saya berada di syurga buku Malaysia, PBAKL 2012 semasa menyediakan post ini. Semenjak menggunakan BlackBerry ini, usaha menghasilkan post-post baru lebih mudah.

Di pesta buku ini, sy agak lebih senggang biarpun bertugas sebagai petugas jualan. Senang, tapi penatnya Tuhan sajalah yang tahu.

Saya menganggarkan kali ini akan jadi yang terakhir untuk saya mengendalikan kerja-kerja berkaitan PBAKL untuk ITBM. Saya dapat rasakan, ini adalah ruang bagi menunjuk ‘bagaimana melaksanakannya’ kepada yang masih baru dan kelak mereka akan mengambil alih.

Akhirnya nanti saya juga harus meninggalkan semua ini. Jadi kenapa harus menunggu lama.

Kalau sungguh bagai dikata, mengapa adakalanya saya berasa pilu. Hidup begitu dan beginilah… Untuk merawat pilu, saya menggunakan kaedah terapi – berbelanja.

Pertama kali berbelanja, saya beli tujuh buku masakan. Hasil hasutan Aiti dan Nizan. Keluar ‘bubble’ di kepala saya..”Ni kalau aku masak kat rumah, korang tak datang makan, siap korang!”

Hari ni, saya beli lagi. Tapi kali ini buku ‘Ensiklopedia Solat’. Jenuh saya tawaf satu Dewan Tun Razak 3, saya pusing mencari gerai yang menjual dengan harga paling murah. Kebanyakkannya menetapkan RM80 (diskaun 20%) daripada RM100.

Sudahnya Zahiruddin membantu saya, katanya mahu beli daripada kawannya. Alhamdullillah, RM70 saja. Masih untung RM30.

Bila ditanya mengapa beli buku ini, saya jawab “mudahlah bila nak mengajar anak bersolat nanti..” Buku penuh info, lengkap dengan jawapan pelbagai persoalan dan bergambar pula…

Wah, syok dapat beli buku ini. Alhamdullillah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

4 thoughts on “Pesta Buku Terakhir

  1. Terima kasih cik syida sebab teman saya cari buku ensiklopedia solat tu! Tak sabar tgk mak senyum smpi telinga ^^

  2. Cikgu, saya tak pernah terfikir cikgu akan menjengah blog saya. Sekarang meninggalkan komen pula. Terima kasih.
    Jom berseronok di PBAKL lagi… dan lets go karok! =)

  3. Sayalah si pembaca senyap! Teruskan usaha menulis di blog ini yer. Insyaallah petang ini bakal hadir ke wawancara lagi. Semangat ni! Oh,hari ahad saya nak bekerja secara sukarela boleh tak agak-agaknya??

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s