Kembali Ke ‘Sidang’

Salam sayang dari saya yang berada di syurga buku Malaysia, ‘PBAKL 2012’.

Bermula 25 April lalu – saya sudah di sini. Insya-Allah 7 Mei 2012 – selesailah sepenuhnya tugas saya di sini dan akan kembali semula di pejabat, menyambung tugas apa yang patut.

Sebelum PBAKL 2012, saya sudah sibuk untuk segala gerak kerja ‘sendirian’ bagi menguruskan PBAKL 2012 untuk ITBM. Tahun ini banyak yang tertinggal…huh! Senang sekali untuk mengeluh, walau sebenarnya ia cuma sekadar penyedap hati sementara. Saya pegang saja kata-kata seorang kakak di pejabat, “kita lebih senang mencipta alasan untuk tiap kegagalan…”. Betul! Jadi sebelum saya ‘ciptakan’ pelbagai alasan, biar saya mengaku saja – asal ia menyenangkan semua pihak.

Selain kerja-kerja itu, saya juga diminta Aiti untuk membantunya dalam menyiapkan buletin dan katalog. Seperti kebiasaannya, saya senang membantu bila ‘kena’ dengan cara bantuan itu diminta. Dengan hati terbuka, sebuah artikel kerjaya, teks pengerusi dan pengarah urusan diserahkan kepada cik editor untuk dikuis yang tak patut dan dikekalkan jika difikir berguna.

Kalau dikenang balik, lepas setahun, akhirnya saya kembali menjadi ahli sidang, sidang redaksi majalah syarikat yang menerbitkan buletin bil.4/2012. Kalau nak diikutkan, saya memang sudah sangat lama tak menulis bahan seperti itu. Selepas dikatakan tidak pandai menulis, saya semakin ‘segan’ untuk mencuba. Lagi pula ruang menulis itu sudah tertutup saya kira. Kalau adapun cuma di blog ini. Apapun, pengalaman menulis ‘sekapur sireh’ pengerusi dan ‘seulas pinang’ pengarah urusan sangat mengujakan.

Oleh kerana majalah itu belum lagi boleh dimuat turun secara digital, maka tak dapatlah saya berkongsi di sini. Mungkin tidak lama lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s