Rancangan Saya Untuk E-Shopping

Salam sayang.

Semasa saya diberitahu bahawa saya akan menguruskan akaun E-Commerce yang bernama E-Shopping, saya hanya terfikir yang negatif. Saya sekadar menguruskan pembelian yang dibuat menerusi laman itu. Paling tidakpun ia hanya melibatkan proses pengesahan pembelian, penyediaan produk yang dijual dan penyediaan dokumentasi.

Tapi selepas saya melihat ke dasar tentang laman itu, saya yakin ia akan jadi lebih baik jika perubahan dibuat. Saya juga yakin bahawa satu hari nanti syarikat saya bekerja boleh menjana pendapatan standard melaluinya. 

Waktu itu, pelanggan mungkin tidak lagi menantikan kami di pesta buku atau datang ke pejabat untuk berbelanja. Yang lebih baik, pelanggan tak perlu pulang hampa selepas gagal mencari buku kami di kedai-kedai buku terkemuka. 

E-Shopping yang saya gambarkan, akan dijayakan secara berperingkat. Pertama: Buku, kedua : Terjemahan dan Kejurubahasaan, dan ketiga: Latihan. Harapan saya sempena Hari Peterjemahan Sedunia atau Hari Ulang Tahun ITBM nanti, ia akan dapat dilancarkan. Ia akan menjadi E-Commerce pertama yang menawarkan khidmat terjemah, kejurubahasaan dan latihan. 

Saya fikir, ia membanggakan apabila situasi jadi begini:
1.”terjemah dokumen, tanpa perlu ke pejabat kami! Semudah klik dan klik saja, 5 hari kemudian bahan dihantar kepada anda”
2. “cari jurubahasa? masukkan maklumat keperluan bahasa, tarikh dan acara, kami akan sediakan jurubahasa pada masa yang diminta”
3. Gagal sertai kursus kerana tarikh tidak bersesuaian. Dengan E-Shopping tempat untuk sertai kursus terjamin, hanya perlu bayar yuran pendaftaran (tidak akan dipulangkan). Kalau tarikhnya tidak sesuai, boleh tukar tarikh (anjakkan) dalam tempoh sebulan sebelum kursus dijalankan.
4. Beli buku yang banyak pilihan dan banyak promosi… =)

Mudah-mudahan saya berjaya laksankannya. Insya-Allah! 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s