Tulisan Bukan Penulis

Tulisan Bukan Penulis

Saya dah berkali-kali membetulkan artikel untuk majalah WWW.ITBM.COM.MY edisi ke empat terbitan syarikat saya bekerja. Topik saya kali ini jurubahasa mahkamah, yang saya kecilkan skopnya daripada topik asal, jurubahasa.

Pertama: Saya menulis artikel sepertimana yang saya selalu baca mengikut format semasa saya belajar dahulu. Kata Encik Anuar Manshor, macam gaya penulisan dulu-dulu. Memang ia kedengaran tua bila di baca, sebab dimulakan dengan ‘quote’ dan makna mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka.

Kedua: Selepas di baca oleh Puan Azlina, saya ringkaskannya kerana kata Puan Azlina, “ia terlalu padat”. Benar, ia sangat padat dengan fakta dan penjelasan, tidaklah menjadi ‘artikel santai’ yang diminta oleh Aiti.

Ketiga: Saya olah semula artikel tersebut untuk agar bernafas baharu. Seperti kata Encik Nuar, “newjournalism Shida, newjournalism!” Bagusnya Encik Nuar kerana dia berikan saya panduan. Dia minta saya baca tulisan Johardy Ibrahim.

Newjournalism: Bukanlah asing, tapi saya belum mahir dengan gaya ini. Sukar sedikit kerana saya tidak pernah membuatnya. Satu, kerana saya bukan penulis dan kedua, kerana saya juga bukan wartawan. Yang saya faham, newjournalism ini ialah penulisan menggunakan kisah benar yang dicampurkan dengan fakta. Kisah benar itu yang menjadikan fakta tadi menarik.

Susuhpun susahlah, saya tetap akan usahakannya juga. Kerana, meminggirkan kepercayaan untuk menulis di buletin itu – bukan pilihan saya. Saya mahu siapkan dan hantarkan kepada Aiti sepertimana yang dia harapkan sedari awal. Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s