Tampal Tayar

Hari ini ‘hari pancit’ sedunia!

Saya dan Aiti ke pejabat melunaskan kerja masing-masing. Oleh sebab lapar, kami keluar sekitar jam 4.00. Malangnya kereta Aiti panjit. Saya dengan kereta saya dan dia dengan keretanya yang sudah ditambah angin pada tayar yang pancit, ke kedai bagi menukar tayar kereta Aiti.

Sampai saja di kedai, kereta saya pula pancit. Alamak! Adakah kami di sabotaj? Mungkinkah kerana kami parkir berhampiran dengan tempat parkir Pengarah Urusan?

Tayar kereta Aiti sudah tidak boleh ditampal maka dia menukar keduanya dengan tayar baru. Untuk kereta saya pula, pomen cadangkan saya menukar rim kerana ia membuatkan tayar saya nipis dan mudah rosak. Memandangkan sebelum ini saya berhabis RM1,000 untuk kereta, maka nanti-nantilah jawabnya. Saya cuma tampal sahaja. Insya-Allah, sebelum raya saya tukar rim. Nasihat daripada Uncle Denso (workshop yang biasa saya pergi), “jangan bikin mahu cantik, itu tayar lu selalu losak… lu bikin tukar pakai biasa-biasa punya (rim), itu sudah cukup baik untuk keleta lu. Buang luit saja beli rim baru..”

Penghujung kisah benar ini, saya dan Aiti ke pasar malam (depan Jusco AU) untuk beli makanan (sarapan, tengah hari, minum petang dan malam) kami. Saya beli dinasour dan Aiti beli rangka ayam. Benda yang sama, cuma beza panggilannya.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s