Penyaman & Berry

Selepas lima tahun digunakan tanpa henti, ia mula merajuk. Mungkin kerana seumur usianya tak pernah dibelai, maka dia meragam. Sudahnya sebulan berpanas sampai akhirnya tak sanggup lagi mengabaikan rajuk penyaman udara WQB. Demi melayan rajuknya RM750 terbang.

Suka pandang, suka tengok dan suka juga memiliki. Tarikan dunia hari ini untuk memiliki alat perhubungan berG memang sangat dasyat. Ada 2G, 3G malah sekarang 4G. Paling utama ia dipermudahkan untuk penggunaan aplikasi laman sosial, untuk berFacebook atau bertwitter – semudah di hujung jari.

Maka akhirnya Nokia 5800 bertukar tangan – ke tangan pemilik kiosk telefon Blackberry di Wangsa Walk. Sedih campur suka = sedka. Nokia 5800, ada kemera yang sangat cantik berbanding telefom bimbit lain (dengan Ipad dan Tab pun – dia masih menang) dan ada radio juga. Secanggih-canggih Blackberry, rupanya tiada radio! Ingat lagi, masa saya beli Nokia 5800, empat tahun lalu harganya RM1,400, kira-kira empat tahun juga menyimpan duit. Saya tolak telefon itu untuk beli Blackberry dengan harga RM150.

Minggu berhabis, servis kereta RM250, servis dan alat ganti penyaman udara kereta RM750 dan akhir sekali Blackberry RM599.  Tapi dengan kereta yang sedap dipandu beserta udara bersih dan dingin daripada penyaman udara yang serba baharu serta alat komunikasi canggih si berry-berry, Alhamdullillah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s