Pertama Kali Selalunya Sukar

Saya sudah berpindah, hidup sendiri, merasa payah tanpa keluarga dan kawan rapat di sisi. Yang pertama selalunya sukar, keputusan sepantas kilat membawa saya kepada pilihan ini dengan tidak berbelah bagi.

Kini saya menyewa sebuah rumah flat, berhampiran pejabat. Tanpa teman, saya yakin boleh menyesuaikan diri untuk berdikari. Rajuk yang panjang terubat sudah dengan keseronokan, seronok mengatasi kepayahan berbuat itu dan ini sendirian.

Pertama kali dalam hidup saya, memasang tikar getah, tidur guna tilam angin (nak pasangpun tak pernah sebelum ini), beli barang dapur sendiri sambil fikirkan bagaimana nak berjimat (dah macam KYong pula), menyapu dan mengemas rumah tanpa bantuan sesiapa. Susah! Tapi alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah, kini ia rutin yang menyeronokkan!

Esok, saya akan ke Giant atau Mydin, mahu cari langsir tingkap dan langsir pintu bilik. Saya juga berkira-kira mahu membeli barang-barang keperluan rumah – peti ais, TV, pemanas air (mandian), pembakar roti dan set DVD. Dan niat di hati, nak lengkapkan teratak saya ini dengan perabot – set bilik tidur, set sofa untuk ruang tamu, rak buku, meja kerja dan rak meletak barang eletrik.

Mudah-mudahan dapatlah saya mengambil mesin basuh, microwave dan periuk nasi dari Kampung Baru. Bukan apa, dapatlah saya berjimat sedikit. KYat ada beritahu mahu berikan katil lamanya kepada saya – jadi tak perlulah saya beli katil untuk bilik tamu. Jimat lagi =)

Akhirnya teratak saya ini akan sempurna. Yang sukar dan payah sudahpun berganti senang. Insya-Allah tak lama lagi selesa dan sempurnalah pula… Tak sabar tunggu kedatangan mak dan abah pada 27 April ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s