Aku yang Miskin dan Kau Yang Daif

Mengikut kajian penduduk, sosial dan ekonomi yang dikeluarkan (kalau tak salah saya) oleh Kementerian Pembangunan Wilayah, mendapati penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan diklasifikasikan sebagai miskin.

Dalam konteks ini, saya ni memang terang-terang dalam keadaan yang miskin. Malah, miskin tegarlah agaknya. Pertama sebab saya berhutang, kedua kerana masih tak punya aset sendiri (rumah pun menyewa), ketiga hutang PTPTN pun belum berbayar dan keempat masih tertunggu-tunggu gaji setiap bulan untuk menjelaskan segala jenis bayaran (bil telefon, internet, api dan air), hantar duit kepada mak dan abah, bayar kereta dan belanja lain untuk meneruskan hidup (duit makan minum, pakaian dan lain-lain). Miskin saya ni…

Kawan baru saya, Nadiah Latif baru mula bekerja kerana disuruh ayahnya. Dengan Vios dia ke pejabat setiap hari. Jarang sekali dia bercakap, melainkan dia mahu bertanya sesuatu (tentang kerja) kepada saya.

Seorang lagi kawan baru namanya Shafiqah tapi dipanggil Nofie, pelajar latihan amali daripada UiTM yang ditempatkan di Bahagian Perhubungan Awam. Dia ni rajin gelak (tergelak besar). Pantang buat lawak sikit, suara dia yang akan didengar dulu (ketawa terbahak). Nampak bersemangat!

Dari kisah Nadiah dan Nofie banyak bezanya… Nadiah seperti saya, miskin kerana bergaji di bawah RM3,000 – tapi dia senang dengan tajaan besar yang boleh didapati daripada keluarganya.

Nofie pula, sebagai pelajar tentu sekali tidak punya pendapatan. Yang ada cuma elaun yang diberi syarikat saya – cukuplah, lebih kurang RM600 (untuk 20 hari berkerja). Belanja lain ditaja oleh PTPTN dan ibu bapanya.

Saya simpulkan: saya miskin, Nadiah sudah separa mewah (dia tersingkir daripada kategori miskin kerana kedudukan kewangannya masih terjamin), Nofie seperti saya, miskin. Namun dia sendiri memberitahu yang dia bukan sahaja miskin tapi daif – kerana hanya mempunyai elaun yang rendah. Walau bagaimanapun, status berkenaan tidak menutup usaha kami mengorak langkah agar suatu hari nanti kami boleh sebaris dengan orang-orang yang ‘mewah’. =) Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s