Semua Berhasrat Memikul Beban

Kalau boleh diberi pujian, semua mereka wajar diberi tabik hormat, senyum manis dan ucapan tahniah. Mereka benar-benar merasakan diri mereka adalah pemilik syarikat ini. Itulah sebabnya mereka tidak teragak-agak mengusulkan setiap perkara yang memungkinkan kejayaan syarikat.

Biarpun mereka berselisih faham, sering berbalah — tapi mereka lakukan itu demi kesejahteraan syarikat ini. Masing-masing punya pandangan berbeza kerana itu dilihat dari sudut kepakaran masing-masing. Semua berharap jangka hayat yang lebih panjang untuk syarikat ini, begitu juga hasil dan namanya. Biar bertegang urat, namun nama ‘berhenti’ berusaha tidak ada dalam hati mereka.

Pejuang sebenar adalah yang sanggup terus berjuang tanpa mengira risiko pada dirinya.
Ada berani?

Masing-masing sudah jelas peranan masing-masing. Siapa yang menjaga kewangan dan prosedur syarikat — tentu saja melihat keperluan untuk menepati segala yang direkod ‘harus ikut prosedur’ seperti yang ditetapkan. Yang mencari peluang meraih keuntungan pula tak akan sanggup melepaskan apa sahaja cara yang memungkinkan ‘untung boleh masuk’. Untuk siapa? Untuk syarikat ini.

Sampai akhirnya nanti, didoakan agar ia terus bergini. Biar tidak ada kesudahannya — supaya syarikat ini terus HIDUP.

Mari mengandaikan syarikat ini seperti MUZIK. Muzik sentiasa berubah. Berubah mengikut musim, masa dan pengaruh. Apabila musim berubah, pembawakannya juga berubah, personaliti individu dalam muzik juga berubah, apatah lagi penerimaan untuk muzik itu, pelbagai gaya pelbagai cara — hanya untuk menikmati MUZIK.

Walau apapun, MUZIK itu tetap akan HIDUP kerana tak ada nota (cord) akhir pada muzik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s