Tahun Baru Penuh Gusar

Selamat Tahun Baru 2011!

Laman ini telah sebulan tidak saya aktifkan untuk bacaan umum. Atas dasar ‘duka’ untuk setiap respons yang diterima – seperti ‘mencari kelemahan’ melalui blog ini, maka saya putuskan untuk tidak mengaktifkannya.

Saya fikir ia bukan kaedah bijak untuk membuktikan kuat, hebat atau gah! Ia hanya buat anda merasa menang. Menanglah sesiapa saja yang ingin menang, asal saja ia menguntungkan anda.

Daripada setiap yang berlaku, saya tahu ada yang sayangkan saya. Dan saya tahu ‘sayang’ itu ikhlas, biarpun mereka hanya mengintai saya dari jauh. Saya akan teruskan hari-hari ini seperti roda yang terus berputar. Dan saya menanti bilakah hari saya untuk berada di atas. “Tuhan, kuatkanlah aku untuk itu”.

Tahun baru ini, saya menetapkan beberapa perkara:

1. Saya mahu dapatkan sebuah ‘teratak’ atas nama sendiri
2. Saya harus meninggalkan kepedihan dalam kerjaya saya
3. Saya perlu membangunkan kerjaya saya semula dengan sifat positif yang saya miliki
4. Saya mesti lebih sensitif kepada ibubapa dan keluarga
5. Saya perlu taat kepada Allah, lebih jujur dengan diri sendiri dan ikhlas
6. Saya mungkin sudah perlu mencari teman berkongsi jiwa dan rasa

Mungkin payah, tapi lebih baik bercita-cita daripada langsung tiada tujuan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s