Cinta, Perjuangan dan Airmata

Natrah: Cinta, perjuangan dan airmata.

Usai menontonnya – tiket pemberian pejabat. Saya sendiri telah membeli tiket persembahan ini dua minggu lalu, tayangannya Jumaat nanti…

Tidak dapat fokus menonton, sama ada saya semakin rabun – maka mata saya kali ini tidak berfokuskan persembahan di pentas, atau fikiran saya sendiri yang melayang jauh… Jauh sekali…

Pada saya kerjaya saya adalah cinta, perjuangan dan airmata.

Penjelasan yang ringkas. Cinta memahatkan hati saya untuk memilih pekerjaan dan syarikat tempat saya menumpahkan usaha, tenaga dan bakti.  Dan cinta itu amat membahagiakan saya. Demi misi yang dirancang, atas nama pekerja –  saya tidak ketinggalan berjuang menggapai misi itu tanpa jemu, tanpa bermalas, tanpa takut dan sekalipun tidak ragu kepada teman seperjuangan atau menyonsang arah dari kepimpinan yang sentiasa saya pandang tinggi. Dan airmata ini, sentiasa menjadi peneman setia saya dalam melewati waktu-waktu sukar yang mencabar prinsip, perasaan dan kepercayaan saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s