SH Ke-50

Saya berhenti membuat garisan pada buku ‘checklist sebut harga’ untuk menulis post ini. Waktu rehat!

Pagi tadi saya sudah sediakan sebut harga ke-50. Dan saya meraikannya sendiri…

Buku ‘checklist sebut harga’ saya buat untuk merekod jumlah sebut harga yang saya keluarkan; statusnya dapat atau tidak; sebut harga yang diubah harganya atau keperluannya. Semuanya di situ. Setakad ini ada 41 pelanggan, hanya 14 yang mendapatkan khidmat, dua projek utama masih KIV dan berpuluh lagi yang lenyap dengan beberapa alasan — tak ada budget, belum ada keperluan buat masa ini ataupun sudah mendapatkan khidmat berkenaan daripada agensi/individu lain.

Saya tak pandai menjual! Tentulah, kerana ini bukan minat saya dan bukan juga bidang pengajian saya. Bagaimanapun saya telah menurut dan cuba melaksanakannya sedaya yang mampu. Saya tidaklah memandang ini sebagai kegagalan. Saya bermula sebagai ‘penjual’ pada Mei 2010. Sebut harga yang pertama keluar pada 20 Mei untuk satu muka surat khidmat penyuntingan — dan saya tak dapat pun job itu.

Saya tak pernah bekerja memasarkan produk atau khidmat, saya juga tidak pernah berkursus mendalami bidang itu, lebih-lebih lagi saya tidak pernah didedahkan lebih awal dalam bidang ini. Bermula dari 0, kemudian membaca buku, bertanya kepada senior dalam tugasan ini — okeylah juga dengan 50 sebut harga pada bulan November.

Sayangnya… sedih saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s