HARI PENAT SEDUNIA — PENAT PUN TAK APA!

Hari Jumaat lalu!

Asalnya pada Khamis sebelah malam saya minta untuk bercuti kecemasan. Rasanya sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakkan orang mengambil ‘cuti kecemasan atau cuti sakit yang tidak jujur’ — bukan semua, tapi memang ada yang suka bercuti begitu. Saya memang tak pandai ‘bab’ itu, jadi saya tak pernah berjaya. [MENGAKU SAJA]

“janganlah nak menipu kepada orang yang kuat menipu, tentu tak berjaya..”  ni ayat kawan Dottie. Saya tukarkan mengikut situasi saya… “no EL, if you don’t have concrete reason..

Jumaat, masuklah pejabat seperti biasa. Rasa suram, kelam dan tak bermaya sangat – saya kata begitu kerana kerap menguap! Kerja seperti biasa saja — tak ada job superb (nilai besar) pun. Lepas tengah hari, beberapa kali saya dikejutkan dengan panggilan Boss, memang terSEDAR. Itu dan ini yang diminta, buat saya bangun semula dari muram, suram, tak bermaya dan ngantok saya. Dah lama tak mengira ROI media — hampir lupa mengguna formula excel dan buat carta. Mujur saya masih berkesempatan membuatnya, kalau tidak saya akan lupakannya.

Seronok membuat kerja yang sudah lama saya tidak sentuh. Membelek fail ‘paper cutting‘ yang sudah berbulan-bulan saya tidak sentuh… Saya SEDAR LAGI, dulu sebelum bekerja lagi saya sudah mengumpul keratan akhbar tentang tempat saya bekerja ini, sebab saya rasa ia sangat ‘special‘. Dan bila berpeluang menjalani latihan amali di sini, saya memang mengambil KESEMPATAN untuk masuk ke bilik arkib untuk baca semua keratan akhbar lama (dari tahun 1991 – 2006) yang disimpan.

Kerja saya selesai jam 9.00 malam. Saya pulang ke rumah dengan riang ria — percayalah! Sambil nyanyi-nyanyi lagi… 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s