Kegilaan Baru

Baru-baru ini Afiq bercerita tentang hasratnya mahu memiliki sebuah Vespa – motosikal lama. Shuk juga menyatakan minat yang sama. Saya secara peribadi rasa sesorang itu akan nampak ‘cool‘ jika bersiar-siar menggunakan kenderaan itu — sama seperti perasaan kita bila memandang orang yang memandu kereta mini cooper (kereta Mr. Bean).

Betul, saya sangat tertarik dengan idea ini – menunggangnya ke pejabat, bersiar-siar, berjoging dan berlibur dengan motosikal. Saya suka juga Vespa — tapi kosnya agak tinggi RM2,000.00 dan ke atas. Dan mungkin motor jenis itu berat, dan agak sukar untuk saya imbangkan badan bila menunggangnya nanti.

Lama selepas menyimpan angan-angan, tiba-tiba terfikir untuk menggunakan Honda (kapcai) 70cc. Saya masih punya motor itu di kampung. Sudah buruk, rosak dan bersarang habuk agaknya. Selepas kejadian kemalangan waktu saya tingkatan lima — saya sudah melupakan motor!

Motor itu pakcik saya punya. Saya sudah nekad mahu mengusahakan agar motor itu boleh diguna semula. Saya sudah mulakan langkah ‘pertama’. Saya senaraikan inilah perkara yang saya patut buat untuk jadikan keinginan ini kenyataan:

1. Maklumkan Abah dan Chu (pakcik) tentang hasrat saya ini. kalau perlu dibayar, saya akan bayar sehingga RM300.00 (harga saudara mara – lagipun motor itu memang sudah tidak bergerak langsung sejak 12 tahun lalu).
2. Dapatkan geran dan road tax-nya. Anggaran kos dalam RM200.00. Jika lebih daripada itu, saya akan gunakan simpanan harian untuk cover belanja ini.
3. Hantar motor ini ke bengkel di Air Tawar. Anggaran belanja sudah ditanya — lebih kurang RM1,000.00. Termasuk overhall, tukar apa yang patut di bahagian enjin, break , cat luar dalam, tukar tempat duduk, tambah raga, tukar segala lampu dan cermin sisi serta tambah crome di beberapa bahagian. Yang penting, boleh berjalan (bergerak) tak lajupun tak apa… memang tak lajupun, cc-nya cuma 70.
4. Perbaharui nama geran (jika perlu) dan jelaskan road tax.
5. Bawa ke Kuala Lumpur – gunakan keretapi atau tunggang sahaja jika sudah confident ia boleh bergerak jauh.
6. Barulah hantar untuk final touch-up. Saya mahu lather bag di bahagian belakang (kiri dan kanan), raga crome saiz kecil di handle-nya dan palang crome juga di bahagian hadapan. Selain itu plastik tambahan atas lampu bulatnya… dan lain-lain yang belum saya fikirkan lagi.

Cool-kan? Saya mahu menyiapkannya seawal bulan Disember 2010 atau selewatnya bulan Januari 2011. Doakan agar saya berjaya mengusahakan mimpi ini. =)

p/s: saya perlu ambil lesen motorlah nampaknya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s