Menonton lagi

Sepanjang puasa lalu, saya tak berkesempatan menonton wayang, apa lagi teater… Baru-baru ini saya ‘tengok’ Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya (IB). Sewaktu membeli tiket saya diberitahu oleh petugas kaunter jualan – tiket sudah habis! Terpaksalah merujuk kepada Mai untuk minta ayahnya bantu belikan tiket berkenaan atas nama ‘staf IB’.

Seperti yang dijangka – penuh! Saya duduk di bahagian tepi sekali. Kesian… ‘siap tak nampak skrin lagi…’

Oleh kerana teater ini menjulang nama besar, tentu saja penontonnya  mengharapkan sesuatu yang ‘ada umph‘ – walaupun kebanyakkan kita dah tahu tentang sejarah mantan PM kita itu. Kecewa juga selepas menontonnya… Namun, pujian harus diberikan kepada Misha Omar — menyelamatkan keadaan dengan terus menyanyi di pentas walau mic-nya tak berfungsi, selain itu pelakon watak sampingan seperti Jalaludin Hassan, Zaibo dan beberapa lagi juga memperlihatkan diri mereka sebagai pelakon berkarisma.

Saya amat berharap teater ‘Lat. Kampung Boy Sebuah Muzikal‘ akan dihasilkan dengan baik. Kerana ia akan menjadi sebuah teater 1Malaysia. Dengan pelakon berbilang kaum, dengan keupayaan produksi Tall Order Sdn. Bhd. selepas berjaya dengan ‘CUCI‘, dengan sentuhan penggubah muzik hebat dan pereka tari yang tersohor – harap ia akan menjadi teater paling hebat Malaysia 2010. Tak lupa kesediaan ITNM mengilhamkan teater ini dan kesudian turut sama melabur, dicampur pula dengan kerjasama pihak Istana Budaya – tentu sahaja teater ini akan berhasil baik =). Insya-Allah…

Kepada kengkawan (kawan-kawan), pembaca laman ini — nantikan karya ulung Dato’ Lat ini di pentas teater. Lat. Kampung Boy Sebuah Muzikal, karya 1Malaysia – untuk orang Malaysia!

Advertisements

One thought on “Menonton lagi

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s