Have Fun :-)

Masa saya belajar dahulu, ada buku memberitahu ada tiga ciri/jenis PRO.

1. PR ‘Strategi’ – PR paling berguna, kebiasaannya dia akan menjadi aset syarikat. Maklumlah strategi yang dicadangkannya tentu sahaja menguntungkan syarikat. Perlu punya talent untuk PR ini.

2. PR ‘Sosial’ – paling perlu untuk Kementerian/Kerajaan. Untungnya mereka ini sangat bijak menjaga hubungan sosial demi hasilnya dimasa hadapan. Yang penting, contact/connection.

3. PR ‘Pelaksana’, tidaklah sebertuah PR Strategi – kerana mereka ini sentiasa sibuk membuat pelbagai kerja, kelebihan mereka ialah ‘hardworking‘. Ada yang percaya, untuk menjadi PR Pelaksana, tak perlu punya pendidikan asas PR atau komunikasi, cukup sekadar rajin!

Dulu saya memegang prinsip ini, “PR work seven day per week!” – ia digunakan oleh PR pelaksana’. Yalah, saya mahu jadi PR Pelaksana. Untuk PR yang berciri ‘sosial’ dan ‘strategi’, mereka tidak mungkin perlu menggunakan prinsip ini… Maka saya sudah terbiasa menghabiskan masa di pejabat. Tapi sekarang sama sahaja seperti dahulu, saya jarang meluangkan masa dengan kakak dan adik-adik saya.

Sebabnya, saya sibuk (bukan kerja, tapi aktiviti saya sendiri) dan mereka juga sibuk dengan program masing-masing. Jadi, bila berpeluang meluangkan masa bersam, saya mahu benar-benar berseronok.

Selepas balik bercuti raya, saya mengatur adik beradik saya berkaraoke di RedBox. Saya ‘open table-lah’ memandangkan baru dapat bonus… Rasanya dah lama benar kami tidak keluar bersama. Saya sendiri tak sedar, dua adik saya akan menamatkan pengajian mereka tahun hadapan… We do have fun together – gether 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s