Seminar Pencinta Buku

Bukan cerita kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati. Ya, memang ia pembunuhan paling kejam selepas pembunuhan oleh Mona Fendi… Tahniah kepada Polis kita yang cekap! Hanya beberapa hari selepas keluarga Datuk Susilawati membuat laporan kehilangan, mereka berjaya temui petunjuk yang dicari… makin bertambah hari, makin banyak bukti dijumpai.

Patutnya saya bercuti 15 dan 17 haribulan lalu, cuti saya telah ditandatangani… Saya membatalkannya kerana bimbang jika saya diperlukan. Bak kata Boss, “diorang tak bagitau lagi nak U buat apa. Nanti diorang bagitau..” Betullah, dua hari sebelum bercuti, mesyuarat jawatankuasa dibuat dan saya telah diberi tugas. Kami menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia Ke-4 pada 21 September 2010 lalu. Saya diminta menjemput tetamu menerusi Facebook (FB), saya fikir ia mudah…

Awalnya saya menyediakan borang pendaftaran peserta (dibuat menggunakan Google Doc) dan kemudian mengirim pautan borang itu kepada tetamu yang ingin diundang melalui FB (khusus untuk jemputan yang memberi respons pada ‘kelendar acara’ bagi program itu).Google Doc, itu pertama kali saya menggunakannya – mudah, tapi kena ‘try and error’ beberapa kalilah dulu… Mudah! Saya dah berangan nak siapkan di kampung saja – broadbandpun dah dipinjam daripada Unit IT. Seharipun boleh siap! Bukan sehari, dua atau tiga jam boleh selesai jika saya fokus…fokus. Ya, memang fokus sangat!

Satu-satunya masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas itu ialah akaun FB saya disekat! Saya tanpa terfikirkan kes sekat menyekat ini telah mengirim e-mel menerusi FB ITNM yang kebanyakkan pengikutnya (fan) bukan berstatus ‘rakan’ FB saya. Rupanya Facebook akan menyekat aplikasi e-mel kepada pemegang akaun yang mengirimkan e-mel kepada ‘yang bukan rakannya’. Selesai e-mel ke 15, FB saya telah disekat daripada menghantar e-mel dan saya perlu ambil masa dua tiga hari untuk memulihkannya semula. Dalam pada itu, hampir 100 jemputan belum lagi dikirim e-mel tersebut… Sudahnya sepanjang cuti raya, saya tak sentuh pun ‘benda’ tu. Saya pulang daripada kampung 14 September dan selesaikan segala itu, di pejabat esoknya.

Prosesnya lebih remeh..

1. kenalpasti orang yang dijemput itu tentu berkawan dengan salah seorang pentadbir FB ITNM. Tentulah Anuar!

2. selepas itu minta izin Anuar menggunakan FBnya untuk mengirim e-mel jemputan itu.

3. Selang selikan kiriman – kepada yang berstatus ‘rakan dan yang bukan rakan’ tuan punya akaun FB itu.

Betul, dua jam sahaja membuatnya. Selesainya lewat sedikit kerana kerjanya berhenti-henti kerana menguruskan benda lain.
Alhamdulillah, lepas itu FB saya pulih daripada disekat.

Untung saja, pada hari acara – saya hanya diminta menguruskan pendaftaran media… Tapi semasa acara berlangsung, kami kurang kakitangan sebagai penyambut tetamu/penunjuk arah dan pen’jaga’ lif. Tanpa diarah mereka, saya bertindak membuatnya. Bukan apa, pendaftaran media boleh saja dibuat oleh Puan Sabarina, sedang dia sendiri seperti penat sangat, berjalan membawa bayi dalam kandungannya… Bimbang dia apa-apa, lagi pula malam sebelumnya dia pulang agak lewat daripada biasa – kami membantu Anuar menyediakan kertas pembentangan untuk peserta seminar. Kami pulang jam 2.00 pagi hari itu.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010, berlangsung dengan jaya! Tetamunya lebih daripada yang dijangkakan, makanan yang disediakan juga okeylah kerana tak ada yang mengadu ‘tak sedap’ atau cirit birit selepas makan, pembentangnya digemari – lebih-lebih lagi kehadiran Abdullah Al-Qari. Antara respons baik yang diterima menerusi komen FB dan blok peserta yang hadir ialah mengenai topik pembentangan yang menarik serta moderatornya hebat! Daripada sudut ROI, Encik Anuar dan Cik Zaiti tentu sudah berjaya nampaknya, tahniahlah… (sebut seperti dengan lenggok dan gaya seperti Encik Anuar). Hasil jualan buku juga bagus, lebih RM2,000.00 sehari, ‘kira okeylah’ tu Encik Ikhram…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s