Yang Sudah & Dah Sudah…

Salam Ramadan ke 23.

Saya sedang memakan kuih raya yang diberikan kepada tetamu majlis iftar anjuran syarikat semalam. Hmmm… cerita majlis semalam – okay-lah… Majlis belangsung baik, penuh, meriah dan nampak ‘fun‘. Saya, untuk banyak acara yang saya terlibat saya  lebih suka memilih acara yang dilaksanakan diperingkat dalaman – ia lebih kecil, penelitian dibuat daripada sudut kewangan ‘tak boleh over budget‘ dan yang penting kerjasama menganjurkan acara itu. Disimpulkan acara ni okey.

Khabarnya ramai yang memuji acara yang seakan gah itu. Saya sendiri mendengar beberapa tetamu mengucap tahniah kepada Encik Razin semasa mereka mahu meninggalkan acara itu. Textmsg‘ K.Ija, yang berterima kasih kepada urus setia majlis ini juga menyentuh hati… Terima kasih -lah kerana masih mengundang saya menjadi sebahagian daripada you all 🙂

Terdahulu, pada 31 Ogos lalu saya dan beberapa teman pejabat menyertai ‘Kembara Amal Kami’. Lebih mengejutkan bila Big Boss dan keluarganya pun turun padang. Syukur, daripada hanya saya dan Asyikin, akhirnya ramai juga yang bersama kami. Ada KYat sekeluarga, A.Kurus sekeluarga, Mai dan Ain dan KAtie. Saya juga bawa Iza, KTie dan adik bersama-sama.

Sesampai kami di Rumah Amal Ummul Qura kami disambut dengan nyanyian nasyid oleh penghuni rumah berkenaan. Menurut Ustaz Johari (Pengetua), ITNM antara agensi terawal yang menyahut permintaan mereka semasa memohon sumbangan buku untuk bilik bacaan. Seingat saya pada bulan Mei kami menerima surat berkenaan dan menghantar buku tersebut kira-kira dua minggu kemudian. Pasal kes menghantar buku sumbangan – memang tak boleh saya lupakan, saya fikir Anuar dan Boss juga.

Keseluruhannya kami membawa lebih RM970.00 duit zakat staf dan lebih RM650.00 duit sumbangan derma. Selain itu, kami bawa berbelas paket beras pelbagai saiz, susu, tepung, gula, biskut, pakaian, beg, kasut dan barangan lain seperti tikar dan permaidani. Mujur juga Rumah Amal Ummul Qura punya sebuah kedai bundle – jika ada barangan yang tak sesuai untuk mereka, boleh juga dijual.

Selesai dua perkara keutamaan saya sebelum bercuti raya ni. Lepas ini? Saya tak tahu apa pula ‘suratan’ yang ditentukan untuk saya selepas ini. Benar, tak ada yang berlaku kebetulan – semuanya telah ditentukan suratan dengan hikmat tersendiri. Soalnya cuma mampukan saya mengharungi suratan itu dengan sempurna? Macam tak mampu sahaja…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s