Merdeka53 – Harga ‘Nilai’ Merdeka

NegaraKu sering kita nyanyikan sambil melihat Jalur Gemilang dikibarkan. Itu adalah harga kesetiaan yang dikeluarkan oleh pembuatnya. Demi negara, demi kehormatan tanah bertuah ini, demi keseronokkan melihat negara sendiri dimerdekakan, lalu lahirlah sebuah bendera berjalur 14 sebagai panji semangat untuk seluruh bangsanya.

Dengannya, ada warga bangsa sanggup berenang jauh merentasi lautan hanya untuk mengibarkannya di setiap pantai dia berpijak. Tak kurang, ada yang sanggup memanjat setinggi gunung di dunia untuk mencacakkannya agar berkibar dipuncak gunung itu. Malah, angkasawan negara sendiri mengembara merintasi orbit bumi untuk mengibarkan ‘bendera kita’ di tanah asing tuu… Kenal penciptanya?

Sejauh manapun kita membawa diri walaupun kehujung dunia, kita tak akan lupa lagu ini… Lagu 31 Ogos, dendangan seniman tersohor negara ini tetap kuat, melekat dijiwa dan sanubari kita. Biar kita mungkin pernah terlupa, namun ia cukup untuk membawa khayal kita kembali meraikan kebahagiaan yang dikecapi atas nama ‘kemerdekaan’. Mungkin kita patut berterima kasih atas ‘harga’ merdeka yang disumbangkan seniman ini kerana ia telah menjadi pembakar semangat merdeka dalam diri setiap bangsa Malaysia…

Usah dinilai sejauh mana hebatnya bangsa, megah dan mewahnya rakyat Malaysia, banyak mana lagi yang mahu kita capai atau sesempurna mana  yang kita inginkan  – ia tak akan mengajar kita makna merdeka. Bila kita mensyukuri rahmatNYA – kita akan mengerti erti sebenar menjadi ‘merdeka’.

Selamat Hari Merdeka =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s