Siap-siap Untuk Semuanya…

Dalam tempoh yang sangat suntuk ini, saya harus siap-siap untuk banyak perkara..

Saya sendiri mahu menjengah ke Rumah Amal Ummul Qura pada 31 Ogos ini… Sempena hari ‘merdeka’ ni… Terima kasih atas sokongan beberapa teman sepejabat yang sama-sama mahu menderma. Moga Tuhan membalas budi baik kalian. Terharu dengan sambutan jabatan yang berjiran dengan workstation saya – sambutan dari mereka sangat hebat. Doa saya agar ianya dapat menjadi ‘bekal’ kita di ‘alam lain’ kelak! Insya Allah.

Esok, saya akan menghubungi pegawai Rumah Amal Ummul Qura untuk mengesahkan kehadiran kami… Insya-Allah rombongan saya dan beberapa teman bukan sahaja akan membawa sumbangan derma (wang) tetapi juga barangan elektrik, bahan makanan dan pakaian. Semoga saja ia meringankan perjalanan harian penghuni di rumah berkenaan.

Kemudian pada 2 September, syarikat saya pula akan menganjurkan majlis iftar. Rasanya sebelum ini, nama saya seperti telah dipotong untuk terlibat dalam sebarang acara (selaku urusetia/jawatankuasa), ntah kenapa kali ini saya diminta terlibat. Mungkin sudah tiada pilihan lain… Tak mengapa, saya suka terlibat dengan pengurusan acara – walaupun kecil saja kali ini.

Saya sedang menyiapkan lagu-lagu nasyid, lagu-lagu raya dan akan buat teks pengacara (jika diminta). Selain itu, pemuzik jemputan telah diatur, pembaca doa dan ‘tukang azan’ juga telah dilantik. Dan yang penting, saya sudah ada baju yang boleh dipakai untuk majlis itu nanti…

Akhirnya, Hari Raya Aidilfitri sudah makin hampir. Cuti juga sudah diatur – saya cuti dua hari sebelum dan dua hari selepas Raya. Saya fikir jika saya mohon cuti lagi, tentu tiada masalah… Saya tidak ada apa yang mahu dikejarkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin saya akan mohon untuk menambah cuti saja… Itu lebih baik!

Untuk raya itu, saya perlu sediakan kereta yang baik (enjinnya), kemaskan barang yang mahu dibawa pulang, sediakan keperluan kucing dan kucing yang akan saya bawa pulang, merancang perjalanan pulang dan belanja perayaan nanti… huh banyak nak difikirkan tu…

Salam gembira meraikan kemeriahan yang bakal tiba… =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s