Cerita Iftar

Nasi campur dengan lauk-lauk ini: ayam goreng, ikan sardin (tumis pedas), sayur campur, sotong kecil goreng, tempe goreng dan kuah ikan sardin tadi. Kuih muih pula, ada cucur udang, karipap pusing, kuih takul dan ada juga popia goreng. Minuman tentunya ribena, air asam boi, tebu dan 100 plus – ini juadah pilihan saya waktu minggu pertama ber’iftar’ di rumah.

Sejarah dalam hidup saya – ini adalah satu-satunya tahun selama saya bekerja yang saya ‘tidak berbuka sambil bekerja di pejabat’. Malah tahun ini, berbuka di pejabat pun hanya sekali… Itupun kerana menguruskan majlis iftar jabatan. Kalau sebelum ini, dalam setiap minggu sekurang-kurangnya sekali saya menghabiskan masa berbuka di meja kerja. Sekarang, saya always free dan tidak pernah menolak pelawaan rakan untuk berbuka di luar.

Saya pulang sekitar jam 6.00 petang – menyinggah di ‘kedai akak atap hijau’, ‘warung di padang’ atau Warung Perasan 2 untuk membeli nasi campur sebelum pulang terus ke rumah. Semasa menanti masuk waktu Azan Maghrib, saya menonton Chotti Bahu (yang dah beribu episod dan tak tahu bila nak habis). Kemudian drama Geng Surau, satu lagi drama kegemaran saya yang saya tonton setiap malam – sambil makan juadah iftar saya. Tapi dalam minggu kedua saya sudah mula membeli ‘sekadar yang patut’ saja untuk beriftar. Tak mahu membazir lagi – bimbang tak cukup duit untuk raya nanti. Nasi campur dengan lauk ikan atau ayam bersama sayur dan satu jenis air sahaja…

Kata orang, juadah iftar hebat – sudahnya tidur dalam keletihan. Juadah yang biasa-biasa saja – selalunya akan cukup memberi tenaga untuk bangun beribadah. Mudah-mudahan usaha dan ibadah kita diterima Allah Yang Esa.

Advertisements

One thought on “Cerita Iftar

  1. Baru saja cerita pasal tak lagi berbuka di pejabat – Jumaat lalu saya berbuka di sana… bantu Puan membuat hamper raya…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s