Pembaca 123’s Weblog

Sedia maklum, blog ini bukanlah laman popular yang punya pembaca yang ramai. Malah di Alexia -pun anda masih tak dapat mengesan maklumat mengenainya – kerana ia sangat tidak popular.

Justeru, saya tak menjangkakan sesiapa akan mengambil berat terlalu serius terhadap apa-apa yang disiarkan dalam laman ini. Ini bukan laman untuk menghina sesiapa. Ianya laman peribadi milik pemiliknya. Justeru setiap bahan yang diterbitkan adalah berkisar perihal pemiliknya sahaja.

Ntah kenapa, kebelakangan ini blog ini tiba-tiba mendapat perhatian. Bukan pujian, tapi peringatan – kerana ada yang tidak senang dengan bahan yang disiarkan, walaupun ia tidak menyentuh sesiapa. Selain blog ini, post di Facebook saya juga dipertikaikan. Kesian…

Blog ini wujud pada Mei 2008, sudah berusia dua tahun tiga bulan. Sehingga kini saya tidak pernah menyiarkan atau memautkan laman blog ini bertujuan mempopularkannya. Kebanyakkan yang menyedari kewujudannya adalah teman-teman rapat dan beberapa rakan sepejabat. Jika boleh saya beri penghargaan, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang membaca blog itu. Saya menghargainya, namun saya mengharapkan kepercayaan semua bahawa setiap yang disiarkan tidak merujuk kepada sesiapa.

Blog ini sangat biasa, amat biasa dan tak pernah dalam keadaan yang luar biasa. Sila nilai statistiknya:

1) Jumlah pelawat (Mei 2008 – Ogos 2010) – hanya 2,857 pelawat
2) Hari paling ramai pelawat – 7 Ogos 2008, sebanya 49 pelawat
3) Jumlah post/terbitan/siaran – hanya 215 siaran

Saya fikir ia, tidak cukup kukuh untuk mencetus kontroversi. Apa lagi, mahu dijadikan alat untuk menghentam sesiapa. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s