Puasa

Habis sahaja bulan Syaaban, semua orang tahu akan ada bulan Ramadan @  Puasa. Tengok kalendar pun dah tahu…

Tapi yang menjadi kebiasaan kita semua, menanti ‘pengumuman puasa’ di tv. Percaya atau tidak semangat puasa itu bermula disitu. Sewaktu kita mendengar pengumuman puasa tu… Terutama kanak-kanak, mereka ni berkobar-kobar nak puasa lepas dengar watikah yang disampankan oleh penyimpan mohon besar raja-raja.

Bila dah mula puasa, kita mula fikirkan raya pula… Baju, bukan soalan utama sebab kebanyakkan kita telah sedia membeli belah untuk baju raya beberapa bulan sebelum puasa. Yang disibukkan kali ini, kuih raya dan duit yang harus disimpan sebagai belanja raya. Sebab tu ada yang menjadikan bulan puasa bulan berjimat – eloklah tu… Kena simpan dan berjimat untuk penuhi keperluan raya. Mana nak beli kuih-muih raya, belanja dapur semasa hari raya, duit raya untuk keluarga dan sanak saudara lagi…

Pun begitu, tak lupa juga memohon sebanyak mungkin Rahmat Allah SWT dalam bulan berkat ni. Bulan puasalah, satu-satunya bulan yang kita boleh lihat ramai yang rajin ke masjid. Tak mengata orang lain, saya sendiri hanya ke masjid untuk solat Tarawih – itupun di bulan Ramadan ni saja. Seperti tahun lalu, tahun ini juga saya ke Masjid Jawa… Jauh sedikit dari rumah saya, tapi sudah biasa ke situ – sejak empat tahun lalu lagi.

Nak merancakkan kemeriahan Ramadan dengar-dengarlah lagu ‘Ramadan’… Sayang sangat, saya jarang dapat dengar lagu-lagu ini di radio popular. Kalau di radio negeri memang kerap disiarkan. Saya ingat, semasa kecil dulu selalu sangat dengar lagu tentang bulan Ramadan, penyanyinya seorang perempuan (tak tahu namanya). Antara bait liriknya…

“Ramadan bulan yang suci, rahmat melimpah dari Illahi…”

Untuk yang lebih komersil, banyak kumpulan nasyid dah hasilkan lagu-lagu tentang Ramadan. Tapi tak diketengahkan sangat. Ini antara yang pernah popular suatu masa dahulu – masa tu musim nasyid.

Azam berpuasa kali ini – bukan nak berbuka puasa dengan Encik Azam, seharusnya kita semua (saya dan anda) adalah beramal moga-moga mendapat hidayah dan rahmatNYA. Manalah tahu, entahkan kita akan merasa lagi Ramadan akan datang, atau tidak. Jadi kenalah merebut peluang kali ini… Kan? KAN (jawab sendiri).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s