Selamat Datang Ramadan

Betul, Ramadan datang lagi…

Saya sebenarnya telah lebih awal mengambil cuti – untuk sambut bulan Ramadan @ puasa ni… Niat saya untuk berpuasa di kampung dengan Mak dan Abah. Memandangkan KYong bercuti sepanjang minggu ini, jadi saya pun mohon cuti untuk bersamanya di kampung. Lagi pula, Emak dan Abah ‘moreh’ di surau pada hari pertama Ramadan.

Teruja, mahu melihat perubahan pada surau itu. Khabarnya dua ‘air cond‘ baru dah dipasang dan minggu lepas wakil rakyat telah turun padang menaja ‘carpet‘ baru untuk surau itu. Alhamdulillah =) Mudah-mudahan ramai lagi yang akan terbuka hatinya untuk menyumbang kepada surau ‘tua’ itu. Kalau murah rezeki, nampaknya surau itu akan beraya dengan papan tanda baru juga – yang telah abah tempahkan bulan lalu. Insya-Allah.

Oleh kerana ada dua perkara penting akan berlangsung dalam minggu ini, maka saya batalkan hasrat bercuti di kampung. Satu, saya berjanji temu dengan pihak Khazanah Nasional untuk projek menterjemah sebuah buku ekonomi. Alhamdulillah, usai berbincang saya dimaklumkanbahawa projek itu akan jadi milik kami, cuma ada satu/dua benda sahaja yang perlu dibetulkan. Yes!

Hari Sabtu ni pulak, Projek Ganeral Model United Nation (GMUN) akan bermula. Yang ni special, angkanya besar…BESAR punya, mungkin kecil saja bagi orang lain…

Jadi tak sempatlah nak bercuti… Macam tu pun, Ramadan tetap ON! Puasa tetap puasa tau!

Untuk juadah iftar, saya beli juadah di Bazar Ramadan Kampung Baru. Biasa saja, lauk yang sama dan kuih pun yang serupa saja. Berbuka di rumah dengan Iza, Kitik dan Popot (kucing) dan kemudian ke Masjid Jawa untuk Tarawih. Begitulah…

Salam Ramadan dari saya…
di kampung, bukan kampung saya – tapi Kampung Baru =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s