Seperti Dulu

Jumaat lalu, saya dan beberapa teman bersama-sama belajar membuat kek. Sangat seronok!

Walaupun saya lewat tiba, dan hanya dapat belajar cara membuat ‘topping‘ – tapi ianya pengalaman yang menarik dan membawa saya kembali kepada ‘suasana indah’ seperti yang pernah dilewati dulu.

Ramai juga yang memuji ‘percubaan pertama’ kami – membuat kek tiramitsu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Terima kasih kepada  yang mengajar. Walaupun rupa kek kami tak seindah kek tiramisu ‘Secret Recipe‘ tapi rasanya boleh-lah tahan…

Saya seronok dan ketawa sepanjang masa waktu itu. Malah, seorang rakan menegur “dah lama Shida tak gelak dan buat aksi-aksi biasa”

Ya-lah, mungkin saya dah lama tak bersama mereka. Mungkin juga saya dah lama tak bergurau dengan mereka atau kerana saya sendiri yang dah lama tak segembira itu. Maaf, entah apa yang saya sibukkan hingga sudah agak jarang berbual, bergurau, menyakat apatah lagi mengambil berat akan ‘anda’ semua. Harap saya tidak mengabaikan hubungan manis kita semua lagi di masa hadapan.

Saya harus kembalikan rasa seronok dalam hari-hari saya.  =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s