Beli Selendang/Tudung Raya

Halooo…

Lama sudah saya tidak menulis ‘kiriman baru’ untuk blog ini.

Hujung minggu lalu, saya bersama KYong, Adik dan dua orang rakan baru (kawan sepejabat KYong) telah pergi membeli belah di Jalan TAR. Bukanlah nak beli apa sangat, cuma tudung, selendang dan beberapa pasang baju kurung – kononnya sebagai ‘baju tambah’ untuk Aidilfitri nanti.

Saya sendiri telah sediakan ‘baju-baju raya’ sebulan lalu. Saya setuju mengikut KYong kerana mahu membeli selendang sahaja. Entah kenapa, kali ini saya mahu pakai selendang – dan bukan tudung seperti biasa. Bagusnya, elok jugalah ber’shopping’ ramai-ramai ni, untung kami dapat ‘diskaun’ yang ‘besar punya’.

Jadi, kali ini saya mahu berkongsi tips untuk membeli-belah (selendang/tudung) di Jalan TAR atau Jalan Masjid India sempena Hari Raya Aidilfitri. Ikut ye :

1) Lebih baik pergi ber’shopping‘ secara berkumpulan (tiga, empat atau lima orang) – lebih pun boleh! Tapi kalau ramai sangat payah jugak nak control. Kalau kesemuanya ada niat yang sama – nak membeli selendang/tudung, lagi bagus!

2) Dah lebih awal ‘usha‘ atau ‘agak-agak’ apa yang nak dibeli – maklumlah tudung – banyak jenis tudung, selendang pun – pelbagai jenis dan brand. Kira okeylah kalau kita dah tahu fesyen terkini, anggaran harga, dan brand-brand popular – senanglah nak memilih dan membeli nanti. Ia jugak dapat mengelakkan kita tertipu!

3) Sediakan duitnya – lebih baik keluarkan wang belanja awal-awal. Di kawasan itu, jika tidak silap terdapat dua buah mesin ATM dan ia sentiasa penuh, silih berganti orang ramai menggunakannya. Susahlah nanti jika terpaksa beratur panjang dan menunggu hampir sejam hanya untuk mengeluarkan duit.

4) Sebelum pergi, potongkan sedikit cebisan daripada kain lebihan baju raya – gunanya untuk memudahkan kita semasa memilih tudung/selendang nanti. Maklumlah, pelbagai jenis dan warna yang akan kita pandang masa membeli. Nanti takut tersalah beli sebab terlupa warna baju raju sendiri. Tak perlulah bawa berpasang-pasang baju dalam beg dan mengusungnya semasa ber’shopping’ nanti…

5) Pilih kenderaan sesuai – bila anda berkereta, pilihlah kawasan parkir yang bagus. Bagus maknanya, tidaklah mahal sangat hingga ‘tercekik darah’. Musim-musim beginilah, pemilik kawasan parkir mengambil kesempatan mengenakan bayaran yang melampau-lampau. Contohnya sejam – RM4.00, tiga jam – RM7.00 atau RM11.00 untuk sekali masuk. Nak mudah, tapi payah sedikit – naiklan LRT. Murah pun murah. Untuk saya, lebih suka berkereta – tak perlu mengangkat barang yang dibeli, sumbat saja dalam kereta. Saya memilih untuk pakir di Sogo, Semua House atau di One Plaza – lebih selamat dan kereta tak berpanas.

6) Singgah di banyak kedai – bukan apa, untuk compare harga saja. Beli hanya di kedai paling murah. Itu pun jika ‘tuan kedai’ atau jurujualnya mudah ‘nego’ untuk tawarkan harga murah, selain layanan yang baik daripada mereka. Jika mahu membeli lebih daripada tiga helai pastikan anda diberi diskaun dahulu, barulah membeli.

Hari itu, waktu ber’shopping‘ – saya membeli tiga helai kain pasang jenis cotton warna hitam (corak berbeza) dan dua selendang. Kain pasang itu saya belikan untuk KYong dan Adik, selain satu untuk saya sendiri.. Sehelai daripada selendang tu pula, saya berikan kepada KYat. Semoga dia suka dengan selendang itu – walaupun katanya ‘ceria sangat’. =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s