WORLD CUP 2010 NAK HABIS DAH…

Saya sedang menyaksikan perlawanan antara Argentina dan Jerman semasa menaip ‘post’ ini dalam suku akhir Piala Dunia 2010. Saya menyokong Jerman.

Demi World Cup 2010 – macam-macam yang saya buat (itu baru saya buat – yang bukanlah fanatik sangat, yang betul-betul fanatik tak tahulah macam mana…)

1) Sebelum mula World Cup 2010, saya  mula mencari jersi pasukan Brazil. Bukan apa, hajat di hati nak pakai masa perlawanan akhir – sebab saya sasarkan Brazil akan mara ke akhir. Sudahnya jersi tinggal jersi, bila Brazil kalah dengan Belanda.
2) Saya tukar gambar profil Facebook saya – sebagai menyokong Brazil.
3) Melayari laman web rasmi FIFA setiap hari untuk dapatkan maklumat terkini, tengok gambar-gambar baru dan tonton video perlawanan yang saya terlepas.
4) Respons kepada status Facebook kawan-kawan yang menyokong pasukan kegemaran saya…
5) Tetap beri sokongan untuk pasukan Asia.

Cerita pasal Piala Dunia 2010, saya pernah tulis dahulu – tentang pasukan kegemaran saya. Dalam post ‘2010 Tahun Piala Dunia‘. Lepas kekalahan Brazil saya frust sikit…

Macam manapun, alang-alang dah mengikuti – saya fikir patutlah teruskan. Untuk Separuh akhir Belanda dan Uruguay – saya pilih Belanda. Separuh akhir satu lagi saya harap Jerman menang malam ini dan akan menentang Sepanyol. Bagi perlawanan akhir, mudah-mudahan Belanda akan bertemu Jerman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s