Maruah

IP Man 2, dah lama saya mahu menontonnya. Tak berkesempatan kerana menonton cerita lain…

Beberapa minggu lalu Tuan Anuar memberitahu bahawa filem tersebut sangat bagus. Hari ini, jam sekitar jam 7.10 malam saya keluar dari pejabat dan terus menontonnya selepas menghantar seorang teman pulang. Agak lewat juga saya masuk panggung dan filem tersebut telah bermula pun, tapi okey – saya masih dapat memahami ceritanya.

Pada saya ceritanya seronok, seseronok IP Man yang dahulu. Semangat memperjuangkan maruah bangsa memang nyata dalam filem ini.

Dalam sekuel ini (2), Ip Man tiba di Hong Kong pada tahun 1949. Ip Man hanya mahu membangunkan sekolah seni bela diri yang dikendalikan sebagai sebuah institusi yang lebih terhormat. Usahanya untuk mengajarnya Wing Chun dalam keadaan penuh kepayahan, lebih-lebih lagi kerana ketiadaan dana kewangan dan tempat berlatih.

Konflik dalam filem ini bermula apabila ‘sifu’ seni bela diri China dicabar oleh seorang seorang juara tinju Barat yang menghina China dengan memperlekehkan seni bela diri tradisi China. Cabaran tersebut disahut oleh Master Hung yang berakhir dengan kegagalan. Ip Man dengan semangat jatidiri mempertahankan maruah seni bela diri China tampil membalas penghinaan peninju tersebut dan mengalahkannya.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi
Pelakon: Donnie Yen, Huang Xiaoming, Lynn Hung, Sammo Hung, Simon Yam, SiuWong Fan
Pengarah: Wilson Yip

Seronok sekali menonton cerita ini. Untuk yang belum menonton, silalah…

Selepas ini Lagenda Budak Setan pula…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s