‘Movie Time’

Saya jarang bercuti. Alasannya; cuti membuatkan saya malas. Tapi dua minggu lalu, saya nekad bercuti saja – dengan harapan ia akan menenangkan saya.

Aktiviti utama semasa bercuti, ialah menonton wayang… Malah ada sesetengah filem yang saya tonton berkali-kali.

Untuk yang gemar menonton, cerita kejam – memeranjatkan, inilah yang terbaik untuk waktu ini. Freddy Krueger kembali lagi dalam “A Nightmare On Elm Street”, sebuah filem kontemporari dalam bentuk seram yang nampak klasik sedikit. Kekejaman menggunakan pisau di setiap jari, itukan cerita lama… mungkin sudah klasik pun.

Kali ini, sekumpulan kanak-kanak pinggiran kota berkongsi satu ikatan yang sama: mereka semua pernah bersekolah (tadika) di sekolah yang sama. Bagaimanapun selepas satu kejadian, keluarga masing-masing menyembunyikannya daripada pengetahuan mereka. Rahsia kekal rahsia, namun kanak-kanak yang meningkat remaja didatangi igauan seram yang jadi nyata – seorang pembunuh ngeri, cacat di wajah sering memburu mereka dalam mimpi. Tiada jalan keluar untuk yang tertidur – mereka akan tidur buat selamanya selepas dibunuh kejam dalam tidur – begitu juga realitinya.

Klasifikasi: 18
Genre: Thriller / Horror
Durasi: 1 Jam 36 Menit,
Pelakon: Britton Clancy Brown, Connie, Jackie Earle Haley, Katie Cassidy, Kellan Lutz, Gallner Kyle, Mara Rooney, Thomas Dekker
Pengarah: Samuel Bayer

Saya menonton filem ini selepas dicadangkan oleh adik saya – katanya “best sangat KYang..”. Mungkinlah seronok padanya. Jalan ceritanya menarik, aksinya biasa-biasa saja. Semasa menonton filem ini saya selalu ‘menguap’ – saya akan menguap dan tertidur kalau cerita yang ditonton kurang menarik (selalunyalah…)

Russell Crowe melakonkan watak Robin Loxley. Asasnya mudah, bagaimana Robin Hood menjadi buruan kerajaan England.

Klasifikasi: PG13
Genre: Action / Drama
Durasi: 2 Jam 21 Minit,
Pelakon: Cate Blanchett, Danny Huston, Mark Strong Sydow, Max von, Russell Crowe
Pengarah: Ridley Scott

Panjang lebar – harap tak tersalah faktanya, inikan cerita legenda…

Bermula sebagai seorang anak yang ditinggalkan. Robin menganggotai skuad memanah ‘Raja Robert’ yang meluaskan jajahan England dengan peperangan. Robin dan beberapa temannya menyamar sebagai kesatria yang membawa pulang mahkota Raja Robert ke England selepas kemangkatan raja itu. Semasa mengembalikan pedang milik kesatria (dia menyamar), Robin bertemu Marion dan dan ayah kesatria terbabit – Robin mula mencari semula asal usulnya.

Robin ditinggalkan dengan masalah kepercayaan rakyat jelata kepada kerajaan dan Raja John yang memerintah England. Jatuh cinta?sama saja seperti cerita asal, Robin Hood jatuh cinta dengan Marion, seorang wanita berdikari yang tegas dan kuat. Keberaniannya menyuarakan kemahuan rakyat jelata yang menuntut kesaksamaan dan keadilan daripada Raja John mengakibatkan raja berkenaan terpaksa akur dan bersetuju kemahuan tersebut – asal saja seluruh puak memberontak membantu Raja John menentang tentera Perancis yang cuba menakhluki England.

Macam cerita yang kita semua tahu, selepas berjaya mengagalkan percubaan penaklukkan tentera Perancis, Raja John membatalkan semula apa yang dipersetujui. Malah dia telah mengumumkan Robin Hood sebagai penderhaka kerajaan yang akan menjadi buruan seumur hidup!

Saya tonton filem ini berkali-kali (tiga kali). Kenapa? Bosan bercuti dan filem ini boleh tahan juga. Fiona nampak cantik dan seksi dalam filem ini – cuba lihat caranya berjalan masuk sebagai ketua penentang… pergh, kalah perempuan betul. Tapi saya sukakan Rumpelstiltskin, comel sangat!

Klasifikasi: U
Genre: Adventure / Comedy / Animasi
Durasi: 1 Jam 33 Minit,
Pelakon: Antonio Banderas, Cameron Diaz, Eddie Murphy, John Cleese, Lithgow John, John McCartney, Julie Andrews, Mike Myers
Pengarah: Mike Mitchell

Ini adalah sekuel keempat daripada filem raksasa hijau popular, Shrek. Shrek telah menjadi orang kesayangan,  keluarga dan rakyat jelata Far Far Away. Sherk bukan lagi raksaksa yang ditakuti penduduk kampung. Dalam filem ini Shrek mula bosan dengan kehidupannya sebagai Ogra yang disayangi semua.

Bermula selepas naik berang semasa meraikan anak-anaknya dalam party hari jadi mereka, Shrek kembali merindukan hari-hari ketika menjadi raksasa sebenar (zaman silamnya). Shrek mudah tertipu untuk menandatangani perjanjian dengan dealmaker yang sangat pandai berbicara, Rumpelstiltskin. Shrek kemudian mendapati dirinya dalam versi yang dia mahukan, sebagai gergasi yang diburu. Malangnya, perkara yang lain juga turut berubah, Rumplestiltskin adalah raja, Fiona belum pernah bertemunya, Donkey menjadi suruhan Rumplestiltskin, Puss in Boot pula menjadi kucing peliharaan Fiona yang amat manja dan montel, raja dan permaisuri Far Far Away hilang, anak-anaknya (Fergus, Felicia dan satu lagi tak ingat) juga tidak wujud.

Keseronokan yang dimiliki Shrek menjadi raksaksa tidak lama apabila dia menyedari kesilapannya memberikan ‘hari dilahirkan’ sebagai tukaran dengan sehari sebagai ‘real Ogra’ kepada Rumpelstiltskin. Kemuncak cerita ini adalah kesungguhan Shrek membetulkan semua kerosakan Rumpelstiltskin dalam harapannya menyelamatkan teman-temannya, mengembalikan dunia dan mencipta cinta sejati. Perjuangannya bukan sekadar mendapatkan ‘true kiss’ – untuk membatalkan perjanjian tersebut tapi mengembailkan kesejahteraan teman-teman, keluarga dan cinta hatinya – Fiona.

Saya paling suka cerita ini. Lebih menarik dengan pelakon utamanya yang macho dan punya senyuman yang sangat manis, Jake Gyllenhaal. Saya menontonnya di Garden dengan Cik Puan Boss selepas kelas gitar kami dibatalkan. Berseronok – selepas terlepas daripada cikgu yang meminta kami menghafal beberapa kod – yang memang kami tak ingat pun.

Cerita ini khabarnya adalah adaptasi daripada permainan. Kita (penonton) akan mengikuti perjalanan usaha dan kesungguhan Putera Dastan bersama dengan Puteri Tamina, lakonan Gemma Arterton – menghentikan penguasaan seorang pemimpin kejam yang mahu menguasai Persia dan jajahan takluknya. Mengambil jalan mudah, pemimpin kejam itu berusaha meletakkan tangannya bersama pedang sakti di Sands of Time, sebuah hadiah dari para dewa yang boleh digunakan untuk mengembalikan masa lampau dan mengubah pemerintahan dunia.

Klasifikasi: PG13
Genre: Action / Adventure
Durasi: 1 Jam 58 Minit,
Pelakon: Ben Kingsley, Gemma Arterton, Jake Gyllenhaal
Pengarah: Mike Newell

Ada banyak karektor yang mudah diingati dalam filem ini, watak seorang peniaga tamak yang bencikan cukai kerajaan – punya burung unta kesayangan bernama Anita, watak pembaling pisau Nigeria yang handal, watak pembunuh upahan kejam bernama Hassanuddin yang menggunakan ilmu hitam dan ular sebagai alat pembunuhan.

Paling poyos, orang di sebelah saya waktu menonton telah membuat pengakuan ikhlas bahawa dia adalah Puteri Tamina yang menyimpan pisau sakti itu. Dan cerita ini tak ada kena mengena dengan penciptaan ‘sunglasses’…!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s