Note Book

Saya pernah dihadiahkan awal tahun lalu… saya tak pernah menggunakannya – sudah biasa, banyak juga hadiah yuang saya terima menjadi koleksi simpanan dan tidak digunakan.

Minggu lalu, semasa bercuti – penuh keBOSANan, saya kerap mengunjungi pusat membeli belah – mengisi masa lapang. Panggung wayang, kedai buku, kedai muzik, restoran makanan segera – jadi tempat kunjungan utama. Kebetulan semasa di MPH Mid Valley, saya temui buku ‘THINK’ sekali lagi. Ingat? Saya pun tak ingat lagi. Klik think untuk ingat…

Petang itu, saya beli beberapa buku nota dan penanda buku yang dicetak dengan kata-kata semangat – berhabis kepada sesuatu yang saya tidak percaya sebelum ini. Saya kurang yakin bahawa benda-benda kecil seperti itu mampu mengubah keadaan.

Berdepan situasi sukar ketika ini, membuatkan saya sanggup buat apa saja agar saya dapat kembalikan ‘saya yang dulu’. Termasuklah berharap kepada buku nota dan penanda buku ini sebagai pemberi semangat untuk saya berubah. Harapan agar ia bukan sekadar harapan saja.

Satu buku nota yang saya beli bercetak “Life isn’t about finding yourself. LIFE IS ABOUT CREATING YOURSELF” – kata-kata ini saya jadikan banner pada blog ini sejak bertahun lalu. Ia adalah kata-kata hikmah kegemaran saya. Tak sangka menjumpainya, lalu saya belilah untuk simpanan. Satu lagi yang saya beli bercetak ” MAKE IT HAPPEN. You can do it, if you put your mind on it”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s