Cikgu Oh Cikgu

Sudah empat tahun saya tidak meraikan guru – sejak saya tamat pengajian di UiTM. Tahun ini saya dan beberapa teman (petugas jualan ITNM) berkesempatan meraikan golongan pendidik dalam Festival Hari Guru 2010 di East Cost Mall, Kuantan, Pahang. Festival tersebut berlangsung selama empat hari, 13 – 16 Mei 2010.

Dengan sambutan berbeza, Festival Hari Guru 2010 hanya menekankan penganjuran beberapa pertandingan untuk pelajar. Pertandingan bercerita, nasyid, debat, public speaking, elephant talk dan beberapa lagi. Hakikatnya, bila ada pertandingan begitu, guru-guru lebih menumpukan pelajarnya yang mewakili sekolah berbanding dirinya yang diraikan. Begitulah… kalau dah namanya cikgu – setiap harinya dipenuhi dengan aktiviti pelajarnya… Jadi cikgu pada zaman ini tentu lebih sukar berbanding dulu…

Sejak daripada dahulu lagi, saya sentiasa merasakan ‘guru’ adalah individu penting dalam hidup seseorang individu, tak kiralah sesiapa pun. Dan kita sendiri, bila dewasa ini tentu saja kadang kala teringan cikgu kegemaran zamn belajar dulu. Macam saya sendiri, nama-nama ini sentiasa dalam ingatan saya

  • Cikgu Normala – mengajar saya bahasa Inggeris semasa tahun 1 dan 2.
  • Cikgu Norliza – mengajar bahasa Melayu semasa saya tahun 4 dan pernah kata, “kamu boleh menang bercerita kalau kamu ‘cool’ sedikit..”
  • Cikgu Mior – ajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, ajar saya main bola sepak setiap petang.
  • Cikgu Syed – mengajar bahasa Melayu tahun 6, katanya, “saya rasa kamu boleh jadi pelakonlah…”
  • Cikgu Jamaiah – guru kelas saya semasa tahun 6 – beri saya RM50.00 kerana dapat 3A dalam UPSR, al-maklumlah sekolah kampung, nak dapat satu A pun payah… Dia agak sedih sewaktu saya beritahunya saya tidak mahu belajar di sekolah asrama.
  • Cikgu Zaidi – sangat tua, saya fikir umurnya mungkin sudah 60 tahun sewaktu mengajar saya ‘Alam dan Manusia’ tahun 4 dan 5. Cikgu Zaidi seorang guru kontrak yang diminta kembali bertugas kerana tak cukup cikgu di sekolah saya. Setiap kali selepas belajar (kelas Cikgu Zaidi sebelah petang sahaja), kami perlu menyalin pakaian sukan untuk bermain ’rounders’ bersama-samanya.
  • Cikgu Yusof – Guru Besar SK Padang Tenggala. Anaknya juga sekelas dengan saya, jadi Cikgu Yusuflah yang mengambil dan menghantar saya serta beberapa teman ke kelas tuisyen – setiap hari Sabtu dan Ahad.
  • Cikgu Marina @ Cikgu Sepasang – cikgu matematik yang paling cantik saya pernah jumpa, mengajar saya dari tingkatan 1 hingga 3. Badan cikgu Marina ala-ala Cik Puan Boss, begitu juga gayanya. Bezanya kalau dia menggayakan pakaian merah – daripada tudung dan anak tudung, hinggalah ke kasut tumit tingginya warna merah juga.
  • Cikgu Damanhuri – Cikgu disiplin terbaik!
  • Cikgu Faridah – Mengajar saya bahasa Melayu semasa tingkatan 6 rendah dan dialah yang membawa saya menyertai ‘Puteri UMNO.’
  • Cikgu Lailan Lailatul Akmar Sidek – ajar saya ‘Pengajian Perniagaan’ semasa tingkatan enam. cikgu Lailan juga adalah jurulatih Puteri Islam di sekolah saya – hingga saya lulus sebagai Puteri Sulung dan layak menjadi jurulatih jika saya menjadi guru..
  • Cikgu Mior – Cikgu bahasa Melayu saya semasa tingkatan 6 atas. Cikgu Mior pernah bercerita dalam kelasnya, “saya mimpi,student dalam kelas ni dapat masuk ‘U’ kecuali kamu, kamu, kamu, kamu…..” sambil jarinya menunding kepada saya dan beberapa kawan lain. Alhamdullillah dengan berkat kata-katanya itu, saya dan beberapa teman yang tak masuk ‘U’ dalam mimpi cikgu Mior – akhirnya masuk ‘U’ juga.
  • Cikgu Siti Aminah – Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub. Saya sukakan cara dia bercakap di perhimpunan mingguan, sangat pandai menggayakan bahasa, berhalus dan bersopan. Bila kebanyakkan guru bercakap, “kamu semua perlu masuk U!” dia akan bercakap, “saya harap sangat kamu buat bersungguh-sungguh, saya percaya kamu akan dapat masuk”
  • Cikgu Siti Hajar – cikgu kaunseling kegemaran saya – siapa kata cikgu kaunseling perlu lembut? Cikgu Faridah sangat tegas!
  • Cikgu Zahar – Cikgu handsome kegemaran saya!

Selama 13 tahu belajar di sekolah, cikgu pun silih berganti.Tapi yang jadi kegemaran selalunya akan muncul semula dalam ingatan pada tanggal 16 Mei – hari meraikan guru-guru di Malaysia.

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s