Hargai Guru

Anjurkan jualan istimewa ini sebagai menghargai golongan pendidik

Saya dan beberapa teman ditugaskan mewakili ITNM untuk mejayakan Festival Hari Guru 2010 (Peringkat Kebangsaan) yang diadakan di East Cost Mall, Kuantan, Pahang. Festival itu dibuka pada 13 Mei dan akan berakhir 16 Mei 2010. Misi kami tentu saja mengendalikan jualan (buku) ITNM untuk pengunjung festival tersebut.

Sebagai langkah ITNM menghargai guru, golongan pendidik dan institusi pendidikan, maka ITNM menganjurkan jualan khas sempena Hari Guru. Menerusi jualan ini, tiga tawaran istimewa disediakan:

1. Jualan tunai – semua buku ITNM dijual dengan potongan sebanyak 30%. Jualan ini hanya terpakai di gerai jualan ITNM dalam Festival Hari Guru 2010 pada 13 – 16 Mei 2010. Tawaran disediakan untuk semua pengunjung Festival Hari Guru 2010. Pelanggan yang membeli lebih RM50.00 akan diberikan cenderamata eksklusif ITNM.

2. Jualan e-commerce – hanya melibatkan urusniaga di E-Beli Belah ITNM. Pelangan akan menerima tawaran potongan harga yang sama, iaitu 30% dengan kos penghantaran PERCUMA dan jaminan penghantaran selama 3 hari (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum). Terbuka untuk semua – bukan untuk guru sahaja tau!

3. Jualan khas sempena Hari Guru – Hanya untuk 711 sekolah (menengah dan rendah) di negeri Pahang, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, 11 Pejabat Pelajaran Daerah dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Penerima tawar berkenaan dijanjikan sesuatu yang amat eksklusif. Potongan harga buku sebanyak 40%, penghantaran buku secara PERCUMA dengan jaminan penghantaran 3 hari selepas penerimaan ‘pesanan lengkap’. Malah untuk memudahkan urusan permohonan kewangan oleh pihak sekolah bagi membeli buku berkenaan, ITNM membuka tawaran ini selama sebulan dan berakhir pada 16 Mei 2010.  Eksklusif sangat, hanya untuk organisasi pendidikan di negeri Pahang dan pendidik di negeri tersbut sahaja.

Saya senang sekali melaksanakan tugasan begini – maksud saya bakan menjadi petugas jualan atau jurujual. Sebaliknya saya suka terlibat secara langsung dengan projek tertentu.  Harap diberi peluang sebegini lagi di masa akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s