Apa Pula Kali Ini?

Sudah beberapa kali saya hadir dalam pertemuan Jabatan. Saya akan pastikan setiap kali pertemuan (mesyuarat) dibuat – saya akan hadir. Jikalau saya bercuti atau bercadang untuk mengambil cuti, tentu saja saya akan batalkan demi untuk menghadiri pertemuan itu.

Saya fikir bukan saya saja, tapi mungkin yang lain juga begitu. Cuma dalam mood yang berbeza-beza – ada yang kerisauan, ada yang sangat tenang, ada juga yang hadir kerana perlu hadir dan ada juga yang sangat bersemangat menghadirinya (ini mungkin saya).

Saya teruja untuk mengetahui perkara baru atau status terkini projek yang akan disampaikan Cik Puan Boss. Walaupun siapalah saya untuk tahu itu dan ini, tapi saya mengambil pengajaran yang pernah diberi oleh salah seorang Boss saya, katanya, “eksekutif tidak boleh jawab saya tidak tahu!” Justeru, saya sentiasa bersedia. Manalah tahu jika ada rakan sepejabat lain yang bertanya, maka dapatlah saya menjawabnya. Samalah seperti salah satu etika PRO, iaitu “never say no comment“. Segalanya perlu ada jawapan!
Tidak seperti pertemuan jabatan lain yang pernah saya hadiri dulu, pertemuan jabatan saya lebih santai. Malah ada keunikkan tersendiri. Setiap pertemuan yang dibuat akan dimulakan dengan ‘permainan minda’ yang punya makna tertentu. Biasanya Ketua Jabatan (Cik Puan Boss) telah bersedia dengan permainan tersebut. Selepas kami bermain, beliau akan menerangkan makna yang ingin disampaikan melalui permainan minda tadi. Unik bukan?

Petang tadi permainan minda yang digunakan Cik Puan Boss merujuk kepada sistem. Bagaimana sistem dapat membantu memudahkan kerja, mengelakkan kesalahan dan meningkatkan produktiviti. Benar, tepat dan tiada salahnya permainan itu, mahupun penjelasan Cik Puan Boss. Tapi biasalah, kalau dah namanya saya (shida) tentu sahaja ada yang mahu saya bandingkan.

Apapun, yang lebih menyeronokkan saya kali ini, saya dapat mengawal diri agar tidak bertengkar lagi di meja mesyuarat seperti selalu. Saya kira kerana dua sebab, satu – saya sudah malas dan kedua – luka di hati sudah saya rawat walaupun masih berbekas. Jadi saya sudah pulih… 

Pembetulan: saya bukan bertengkar kerana tidak mahu mengikut arahan, tetapi saya mahu pandangan saya dinilai dahulu sebelum keputusan dibuat. Saya juga kurang setuju jika kesalahan seseorang (individu) diperkatakan di hadapan ramai. Selain menjatuhkan air muka, ia juga akan menenggelamkan individu itu dalam kalangan rakan sejawat atau orang bawahannya.

Entah mengapa dalam pertemuan kali ini saya rasa seperti ‘sedang berbahang, ibarat duduk dalam kereta tanpa pendingin udara di lapangan jalan tar yang panas terik’. Bukan bilik itu yang panas, cuma maklumat yang dibentangkan Cik Puan Boss seperti haba kepada saya. Tak pasti pula, ada ahli yang lain terasa, tapi mencair jugalah keras hati saya dibuatnya.

Mudah-mudahan saya mampu menggalas setiap skop tugas saya yang saya maklumkan dalam pertemuan tadi. Walaupun tidak punya pengalaman, saya nekad melakukannya hingga berhasil. Saya mahu meninggalkan ‘kilang pengalaman’ ini sebagai satu nama yang akan diingat – jika bukan kerana kebijaksanaan, cukuplah dengan kesungguhan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s