Sedih Petanda Sedar?

Tahun ini saya dan teman sepejabat berkampung selama tiga hari di Janda Baik. Ini hasil usaha pegawai-pegawai Unit Sumber Manusia memastikan staf ITNM sentiasa bermotivasi.

Seperti juga tahun lalu, Human Touch Consultant mengendalikan keseluruhan program. Siapa lagi jika bukan Ustaz Zawawi, Ustaz Fauzi dan seorang lagi Ustaz yang saya terlupa namanya. Modul kali ini berkisar solat dan bagaimana solat dapat membawa kearah kecemerlangan peribadi dan selanjutnya kecemerlangan kerjaya yang mampu menyumbang kepada kejayaan organisasi – lebih kurang bergitulah.

Ustaz Zawawi menekankan perihal hati – hati mati dan hati sakit. Solat menjadi rawatan utama bagi hati sakit. Pemilik hati-hati yang sakit dan mati inilah yang kebiasaannya menjadi pengkhianat kepada oraganisasi secara sedar atau tidak. Malah setiap individu itu sendiri punya ciri-ciri hati sakit – cuma sama ada kita mengakuinya atau tidak.

Yang menarik dalam kursus ini, setiap peserta berpeluang menunggang kuda. Macam-macam reaksi yang dpat dilihat waktu itu. Yang takut, yang seronok, yang risau – semua ada. Ada juga yang naik berkali-kali, kesian dekat kuda.. Yang tak mahu mencuba langsung pun ada. Untung saja kerana ada yang sanggup menawarkan duit untuk Noor Sharmiza – asal saja dia menunggang kuda. Aktiviti menunggang kuda biasa saja sebenarnya, malah sudah ramai yang pernah mencuba. Ia perlu teknik dan keyakinan diri untuk melakukannya. yang penting – yakin untuk mencuba dan semua peserta memang ‘have fun‘ dengan aktiviti ini sampailah ke akhir hari pertama kami di Janda Baik.

Telur – kemuncak hari kedua adalah berdiri di atas telur. Sama seperti aktiviti berkuda – ada yang takut dan risau (bimbang jika telur pecah kerana tak dapat menampung berat badan). Fikir beribu kali untuk cuba. Kali ini pun saya masih fikir ia ada kaitan dengan teknik. Berat akan tertumpu dibahagian tumit apa bila memijak, jadi imbangkan badan. Sebaiknya jangan ambil masa terlalu lama, bila sudah yakin – mulakan saja. Kami diminta berzikir agar dapat melakukannya dengan baik. Yang penting – jangan stress. Bila tertekan tentu tak dapat lakukannya kerana fikiran dan perbuatan tidak terfokus.

Saya suka dengan huraian Istaz Zawawi mengenai aktiviti itu. Ustaz mengandaikan telur sebagai amanah. Amanah yang sangat besar (memastikan telur tidak pecah) dan sangat mudah juga untuk mengabaikan amanah (telur mudah pecah). Bagimanapun jika bersungguh, yakin tentunya kita mampu memangkat amanah itu dan tidak mungkin pecah amanah. Pokok pangkalnya hati kita – jika kuat beramanah, maka beramanahlah kita.

Macam tahun sebelumnya – sedih, pilu dan derai air mata masih jadi simbol keinsafan. Bila isu ‘ibu bapa’ disentuh tentu saja sebak timbul dalam sanubari semua, termasuk saya. Terutama jika dikisahkan pengorbanan ‘ibu bapa’ dengan perbandingan layanan seorang anak.Point bijak untuk menimbulkan keinsafan selain dosa.

Kubur buatan – dimana saya ditanam tahun lalu, tidak ada lagi! Ada yang menarik nafas lega, tapi tak lama… ‘Kembara Malam’ kali ini – kami ditinggalkan dalam keranda buatan pula. Tambahan sistem audio yang memekik dengan bunyi-bunyian menyeramkan boleh membuatkan peserta ketakutan. Tambahan pula telah dipertontonkan sebelum itu kisah ‘Hassan’. Terbayang-bayanglah ‘Sakaratul Maut’ menyabut nyawa Si Hassan dengan kejam…

Walaupun ia tidak se’seram’ tahun lalu, dan tujuannya adalah untuk menimbulkan keinsafan – namun saya tidak fikir ia sesuai. Maaf untuk yang tidak setuju. Pun begitu saya masih akur menjadi salah seorang yang disembunyikan dalam keranda itu, dan sempat juga memujuk beberapa teman ‘yang ketakutan’ untuk turut serta… Ayat saya, “just enjoy the show and you will get something..” Saya suka ayat seorang teman bila ditanya Ustaz tentang perasaannya selepas selesai menjalani ‘kembara malam’ , “syukur kerana dipilih untuk berubah, kerana saya masih diberi peluang untuk berubah. Walaupun ini kali kedua, saya harap kali ini saya benar-benar boleh berubah” Semogo Allah S.W.T. memberinya kekuatan itu.

Jom lihat gambar wajah-wajah hamba Allah yang bersama-sama menyertai saya dalam kursus ini…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s